Utama Berita Automotif VOGE SR450X kini di pasaran, harga bermula RM29,888

VOGE SR450X kini di pasaran, harga bermula RM29,888

2

VOGE SR450X kini rasmi berada di pasaran Malaysia, selepas dilancarkan pada 29 Mei lalu bersempena Malaysia Bike Show di MAEPS, Serdang. 

Skuter kembara premium itu ditawarkan pada harga RM29,888 tidak termasuk cukai jalan dan insurans, dengan tiga pilihan warna iaitu Alpine Green, Cosmic Blue dan Onyx Black.

VOGE SR450X dikuasakan enjin 398 cc dwi-silinder, 4 lejang, 8 injap yang menghasilkan kuasa maksimum 31 kW pada 8,000 rpm dan tork maksimum 42 Nm pada 5,750 rpm.

Konfigurasi itu menjadikannya skuter kembara premium pertama dalam segmennya yang menggunakan enjin dwi-silinder, dipadankan transmisi automatik, pacuan tali sawat dan dua mod tunggangan iaitu Normal dan Sport.

Dari segi pengendalian, model itu menggunakan:

  • suspensi hadapan fork teleskopik terbalik KYB 37 mm boleh laras sepenuhnya
  • penyerap hentak berkembar KYB di belakang
  • lengan ayun aluminium aloi satu sisi

Sistem breknya terdiri daripada:

  • cakera hadapan 300 mm dengan angkup empat piston J.JUAN
  • cakera belakang 240 mm dengan angkup NISSIN
  • dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
  • Sistem Kawalan Cengkaman (TCS)
  • Sistem Pengesanan Titik Buta

Model berkenaan turut dilengkapi:

  • paparan TFT berwarna tujuh inci dengan navigasi menerusi aplikasi Carbit Ride
  • sambungan Bluetooth
  • sistem tanpa kunci
  • Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS)
  • kamera papan pemuka hadapan dan belakang
  • pemanas grip tiga tahap
  • pemanas tempat duduk penunggang dan pembonceng
  • penghadang angin boleh laras bermotor
  • pencahayaan LED sepenuhnya

Dengan tangki bahan api 18 liter, ketinggian tempat duduk 795 mm, kelegaan tanah 180 mm dan berat siap diisi 220 kg, VOGE SR450X direka untuk tunggangan harian dan perjalanan jarak jauh.

Setiap pembelian disertakan waranti dua tahun atau 20,000 km, yang mana terdahulu, dengan perlindungan komponen enjin tanpa had perbatuan bagi baki tempoh waranti sekiranya perbatuan melebihi had ditetapkan.

GALERI:

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here