
MForce Bike Holdings memperluaskan pilihan buat peminat jentera kembara dengan pengenalan dua model terbaharu Voge DS625X dan DS800X Rally.
Kedua-dua motosikal ini direka khusus untuk mereka yang mahukan prestasi jentera yang lasak serta teknologi terkini bagi pengembaraan jarak jauh.
Voge DS625X: Kuasa Lincah Untuk Kembara Harian
Model DS625X dipasarkan pada harga cadangan RM35,888 seunit menerusi ciri peralatan :
- Dikuasakan oleh enjin 581cc, dua silinder, 8-injap, DOHC, penyejukkan cecair dengan kuasa 47kW @ 9,000 rpm dan tork 57N @ 6,500 rpm bersama kotak gear 6-kelajuan.
- Dilengkapi dengan suspensi hadapan teleskopik terbalik dan monoshock boleh laras di bahagian belakang untuk keselesaan optimum. Ia mempunyai ketinggian pelana 835 mm dan berat keseluruhan 191 kg.
- Ciri Keselamatan ditawarkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran serta sistem kawalan cengkaman (TCS) yang boleh diaktifkan atau dimatikan mengikut keperluan. Penunggang juga boleh memilih antara dua mod tunggangan, iaitu Eco dan Sport.
- Ciri peralatan lain pengecas USB jenis A, lampu LED, lampu sorot binaan dalam, LCD speedometer, brek Nissin dan visor angin.
Voge DS800X Rally: Jentera Pengembara Sejati
Bagi penunggang yang inginkan pengembaraan lebih ekstrem, DS800X Rally ditawarkan pada harga RM39,888. Ia didatangkan dengan :
- Enjin 798cc, 2-silinder, DOHC, penyejukkan cecair berkuasa 70 kW @ 9,000 rpm dan tork 57 Nm @ 5,500 rpm bersama kotak gear 6-kelajuan.
- Dilengkapi dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar iaitu 24 liter, sesuai untuk perjalanan jauh tanpa perlu kerap berhenti. Ia juga menggunakan rim jejari bersaiz 21-inci di hadapan dan 18-inci di belakang bagi menghadapi laluan mencabar.
- Model ini turut dilengkapi dengan sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), lampu LED penuh, dan pengecas USB jenis A dan C. Sama seperti DS625X, ia juga dilengkapi dengan sistem brek ABS dua saluran dan mod tunggangan Eco serta Sport.





























