Utama Berita Automotif VOGE Malaysia rasmi lancar DS800X Rally, harga bermula RM39,888

VOGE Malaysia rasmi lancar DS800X Rally, harga bermula RM39,888

6

VOGE Malaysia dengan rasminya melancarkan DS800X Rally untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM39,888.

Motosikal adventure segmen pertengahan itu diperkenalkan kepada umum di Malaysia Bike Show 2026 baru-baru ini.

Ketika dipamerkan di EICMA, motosikal segmen adventure ini mencuri tumpuan apabila tampil menawarkan ciri lebih baik berbanding pesaing lain dalam segmen sama.

Voge DS800X Rally dipacu enjin parallel-twin 798cc yang berupaya menjana 93.8hp dan 81Nm sekaligus lebih berkuasa dari Suzuki V-Strom 800DE dan Yamaha Tenere 700.

Untuk rekod, enjin ini adalah unit sama terdapat pada BMW F 800 GS model 2016 namun ditala semula dan diberikan naik taraf tersendiri.

Voge turut menawarkan :

  • fork KYB boleh laras sepenuhnya
  • tayar Pirelli Scorpion Rally STR,
  • ABS
  • traction control
  • steering damper secara standard

DS800X Rally ini turut datang dengan kelengkapan terkini termasuk :

  • skrin TFT yang boleh disambungkan ke telefon pintar
  • pemanas tempat duduk dan grip
  • tangki bahan api berkapasiti 24-liter

Model ini juga dilengkapi dengan fungsi dashcam secara standard, satu ciri agak asing pada motosikal segmen ini.

DS800X Rally menawarkan ketinggian tempat duduk sekitar 850mm, jarak antara tayar 1,576mm serta jarak kelegaan tanah 220mm. Motosikal ini juga hanya 213kg sekaligus antara yang ringan dalam segmennya.

Bagi yang mempersoal kredibiliti Voge, perlu diingatkan bahawa mereka ini jenama premium milik Loncin yang mempunyai jalinan kerjasama 20 tahun dengan BMW.

Loncin juga bertanggungjawab menghasilkan enjin bagi BMW C 400 X, C 400 GT, BMW F 750 GS, F 900 R, F 900 XR dan terbaru F 900 GS.

GALERI VOGE DS800X Rally

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here