
Aveta Malaysia memperkukuh kedudukannya dalam pasaran motosikal tempatan menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.
Pembukaan pusat pengedaran baharu itu dilihat sebagai langkah strategik jenama berkenaan dalam memperluas rangkaian pengedar selain memperkukuh komitmen untuk menawarkan pengalaman pemilikan lebih komprehensif dan mudah diakses kepada penunggang di negara ini.

Pusat baharu tersebut dilengkapi kemudahan bersepadu di bawah satu bumbung merangkumi :
- bilik pameran
- pusat servis
- pusat alat ganti
Ia bakal memudahkan pelanggan untuk mengenali lebih dekat rangkaian model Aveta serta mendapatkan sokongan selepas jualan.
Majlis perasmian berkenaan turut diserikan dengan pelancaran Aveta Nova 250 G Elite Edition, sebuah model edisi eksklusif yang ditawarkan secara terhad.
Hanya 128 unit model ini dikeluarkan dan ia boleh didapati secara eksklusif melalui pengedar G Elite Motor.

Model edisi terhad itu tampil dengan beberapa keistimewaan berbanding model standard termasuk :
- skema warna eksklusif
- grafik unik
- nombor siri individu pada setiap unit
Aveta Nova 250 G Elite Edition dijual pada harga RM14,888 seunit tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim, pembukaan pusat baharu itu adalah manifestasi usaha syarikat untuk mendekatkan jenama kepada pengguna.
“Rakan pengedar kami memainkan peranan utama bukan sahaja dalam memudahkan pelanggan mendapatkan motosikal Aveta, malah dalam memastikan penunggang menerima sokongan dan perkhidmatan yang diperlukan sepanjang tempoh pemilikan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Aveta Malaysia turut terus memperkasa ekosistem selepas jualan menerusi inisiatif seperti Aveta Care on Wheels bagi memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik.
Langkah tersebut selari dengan visi syarikat menerusi moto Redefining Boundaries dalam membina hubungan jangka panjang bersama pengguna di Malaysia.
Galeri Aveta Nova 250 G Elite Edition :
































