
Aveta Malaysia rasmi memperkenalkan Falcon 180 ke pasaran tempatan pada harga cadangan RM9,798 seunit.
Menggabungkan reka bentuk tersendiri, keupayaan pengembaraan dan kemudahan harian, kehadiran skuter tersebut mewakili komitmen Aveta untuk membangunkan motosikal berdasarkan keperluan dan aspirasi penunggang.
Falcon 180 menggabungkan keupayaan pengembaraan dengan praktikaliti harian yang sesuai untuk mereka yang ingin beralih daripada motosikal berkapasiti lebih kecil.
Ia menggunakan enjin 174cc empat injap dengan penyejukan cecair dan sistem suntikan bahan api elektronik Bosch berkuasa 13.6kW serta tork 17.2Nm. Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik CVT.
Berikut ciri peralatan yang ditawarkan skuter adventure tersebut :
- Fork hadapan terbalik, penyerap hentak belakang dengan tabung gas luaran
- Jarak kelegaan tanah 140mm
- Kedudukan pemijak kaki kedua membolehkan penunggang berdiri ketika off road, sekali gus memudahkan rider mengalihkan berat dan menyesuaikan kedudukan badan di permukaan tidak rata
- Sistem ABS dwi saluran dan kawalan cengkaman (TCS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan
- Penghadang angin boleh laras
- Tangki bahan api 14 liter
- Skrin sentuh TFT tujuh inci
- Kamera rakaman hadapan terbina dalam
- Sistem kunci pintar
- Pencahayaan LED sepenuhnya
- Sistem Henti Melahu (ISS) yang boleh dihidupkan atau dimatikan





























