Utama Berita Automotif Prabowo rasmi MOLINAS, Indonesia kini ada motor elektrik lokal

Prabowo rasmi MOLINAS, Indonesia kini ada motor elektrik lokal

9

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto rasmi melancarkan motosikal elektrik nasional (MOLINAS) di kemudahan pemasangan PT Ilectra Motor Group, Cikarang, Bekasi, pada Khamis.

Perusahaan yang memasang motor elektrik ALVA, salah satu motor yang ditampilkan dalam acara tersebut menggunakan identiti Cakra pada badan depan dan tulisan NX1 di panel samping belakang.

Rekaan Cakra NX1 begitu mirip dengan ALVA N3, salah satu skuter elektrik yang sebelumnya dilancarkan ALVA untuk pasaran Indonesia.

Persamaan berkenaan boleh dilihat daripada nisbah badan, bentuk pelana dan ruangan lantai kaki hingga panel belakang.

Bahagian depan juga menggunakan karakter rekaan yang sama meskipun Cakra NX1 membawa identiti berbeza melalui logo dan tulisan yang terpasang pada badan. 

Bagaimanapun, spesifikasi Cakra NX1 masih belum didedahkan pada acara pelancaran berkenaan.

Prabowo menjelaskan langkah berkenaan merupakan usaha transformasi ke tenaga baharu dan pada masa hadapan Kerajaan juga bakal menyediakan sejumlah skema untuk menggalakkan peralihan penggunaan motor elektrik di Indonesia.

Ekosistem tersebut akan melibatkan pengembangan industri dan pemasangan, komponen dan bateri, infrastruktur pengecasan dan penukaran bateri, pembiayaan, agihan serta servis selepas jualan.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here