Utama Berita Automotif Peti Sejuk & Suspensi DiSus-C: BYD Qin Max bawa ciri kereta mewah

Peti Sejuk & Suspensi DiSus-C: BYD Qin Max bawa ciri kereta mewah

6

BYD rasmi memperkenalkan sedan segmen-B, Qin Max di bawah siri Dynasti yang didatangkan dengan dua pilihan janakuasa iaitu plug in hibrid DM-i dan bateri elektrik penuh (BEV). 

Bagi pilihan plug in hibrid, ia didatangkan dengan lima pilihan varian pada harga mula CNY99,900 hingga CNY129,900 (RM60,530-RM78,708). 

Begitu juga model EV yang ditawarkan dengan lima pilihan varian dengan jarak tempuh 530km dan 630km pada harga mula CNY109,900 hingga CNY143,900 (RM66,590-RM87,191).

Prestasi & Pengecasan

  • Qin Max EV merupakan kenderaan pacuan roda belakang (RWD) yang dilengkapi Bateri Blade generasi kedua BYD. Pengecasan bateri daripada 10-70 peratus hanya mengambil masa 5 minit manakala 10-97 peratus sekitar 9 minit. Ia menawarkan dua pilihan motor elektrik dengan output kuasa 120 kW (161 hp) dan 240 kW (322 hp). Varian tertinggi menghasilkan tork puncak melebihi 400Nm, sekali gus membolehkan pecutan 0-100 kmj dicapai dalam tempoh 5 saat.
  • Versi PHEV pula menggunakan teknologi DM-i generasi kelima yang menggabungkan enjin 1.5 liter aspirasi semula jadi berkuasa 74kW dengan motor 175kW (235hp). Ia menawarkan jarak pemanduan keseluruhan sehingga 2,370 km dengan kadar penggunaan bahan api serendah 2.59l/100km.

Pemanduan Pintar

Sistem God’s Eye B memperkenalkan bantuan navigasi bandar yang membolehkan kenderaan mengendalikan susur keluar/masuk, pertukaran lorong serta menghindari halangan di lebuh raya mahupun jalan raya bandar.

BYD turut memperkenalkan polisi jaringan keselamatan bagi sistem ini yang mana pihak syarikat akan menanggung liabiliti jika berlaku kemalangan semasa fungsi tersebut digunakan mengikut peraturan yang ditetapkan.

Qin Max menggunakan suspensi hadapan jenis MacPherson dan suspensi belakang jenis five-link independen. Varian teratas dilengkapi dengan sistem kawalan badan redaman pintar DiSus-C. 

Sedan itu memiliki panjang 4,866 mm, lebar (1,880 mm) dan tinggi (1,495 mm) dengan jarak roda sepanjang 2,820 mm.

Ruang dalamannya dilengkapi dengan skrin tengah terapung bersaiz 15.6-inci, paparan AR-HUD, serta peti sejuk terbina dalam yang mempunyai fungsi pemanas. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here