Utama Berita Automotif Chery penaja utama Piala Lee Chong Wei, fokus bakat muda negara

Chery penaja utama Piala Lee Chong Wei, fokus bakat muda negara

5

Selepas lebih dua dekad mengharumkan nama negara di persada badminton dunia, Datuk Seri Lee Chong Wei kini memulakan babak baharu dengan melancarkan Piala Lee Chong Wei 2026 — kejohanan yang disokong penuh oleh Rakan Penaja Utama, Chery.

Kejohanan sulung ini bukan sekadar pentas persaingan remaja. Ia membawa misi Chong Wei untuk mencetus inspirasi kepada pemain muda agar berani bermimpi, bertanding dengan maruah dan membina perjalanan sendiri menuju kecemerlangan.

“Saya amat berterima kasih kerana begitu ramai rakan korporat tampil memberi sokongan bagi saingan tahun pertama ini.

“Dan saya ingin mengucapkan terima kasih khas kepada Rakan Penaja Utama kami, Chery, kerana membantu merealisasikan visi saya,” kata Chong Wei pada Majlis Memperkenalkan Trofi Kejohanan Badminton Piala Lee Chong Wei 2026.

Chery Sokong Pembangunan Sukan Akar Umbi

Sokongan Chery sebagai penaja utama dilihat penting dalam menyediakan platform kompetitif buat atlet muda negara merasai pengalaman beraksi di kejohanan berprestij.

Kerjasama ini mencerminkan komitmen Chery bukan hanya dalam industri automotif, malah turut menyokong pembangunan belia dan sukan di Malaysia.

RM100,000 Disediakan, 3 Kategori Umur Dipertandingkan

Piala Lee Chong Wei akan berlangsung dari 29 Ogos hingga 6 September di Stadium Juara, bersebelahan Akademi Badminton Malaysia.

Kejohanan ini mempertandingkan 3 kategori umur :

  • Bawah 13
  • Bawah 15
  • Bawah 17 Tahun

Setiap kategori akan menyaksikan 5 acara iaitu Perseorangan Lelaki, Perseorangan Perempuan, Beregu Lelaki, Beregu Perempuan dan Beregu Campuran.

Bagi menaikkan lagi semangat juang pemain muda, penganjur menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM100,000 — antara yang tertinggi untuk kejohanan peringkat remaja.

Edisi sulung ini akan berlangsung secara satu pusingan sahaja, memberi peluang kepada pemain muda menguji kemampuan dalam format kompetitif yang berbeza.

Turut diperkenalkan trofi rasmi kejohanan dengan reka bentuk bertemakan Perjalanan Menuju Kecemerlangan dan Mencetus Inspirasi Juara sebagai simbol aspirasi baharu badminton negara.

“Sudah tiba masanya kiraan detik bermula. Saya tidak sabar menyaksikan bakat-bakat muda beraksi,” tambah Chong Wei.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here