Utama Berita Automotif Tambang ECRL Gombak Ke Kota Bharu RM125 sehala

Tambang ECRL Gombak Ke Kota Bharu RM125 sehala

14

Tambang kelas Ekonomi bagi perjalanan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu ditawarkan bermula RM125 sehala menerusi perkhidmatan transit, manakala tambang ekspres bermula RM147.

Kadar tambang itu diluluskan Jemaah Menteri pada 16 Oktober lalu menerusi pelaksanaan mekanisme tambang dinamik yang membolehkan harga tiket berubah mengikut waktu perjalanan, permintaan dan ketersediaan tempat duduk.

Sementara itu, bagi perjalanan dari Gombak ke Kuala Terengganu, tambang transit bermula RM95 sehala, manakala ekspres RM110.

Perjalanan Gombak ke KotaSAS, Pahang pula ditawarkan pada tambang permulaan RM60 bagi transit dan RM68 bagi ekspres.

Kredit Foto : Kosmo

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here