Utama Berita Automotif Voge SR450X bakal tiba, harga RM29,888

Voge SR450X bakal tiba, harga RM29,888

10

Peminat skuter di Malaysia bakal disajikan dengan satu lagi pilihan jentera yang menarik tidak lama lagi apabila MForce Bike Holdings mempamerkan Voge SR450X pada acara Malaysia Bike Show (2026) di MAEPS, Serdang.

Berdasarkan maklumat awal yang dikongsikan, skuter tersebut direka khusus untuk rider yang gemarkan gaya pengembaraan lasak namun tetap mahukan keselesaan sebuah skuter dalam bandar. 

Antara keistimewaan yang bakal ditawarkan pada Voge SR450X termasuklah:

  • Menggunakan enjin 398cc, dua silinder penyejukkan cecair yang menjanjikan kuasa lebih mantap untuk tunggangan jarak jauh.
  • Reka bentuknya yang lasak membuktikan ia mampu mengharungi permukaan jalan yang mencabar dengan lebih yakin.
  • Dilengkapi dengan suspensi USD di depan bagi memberikan kestabilan dan pengendalian yang lebih baik. 
  • Menawarkan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran. 
  • Hadir dengan visor angin boleh laras selain penggunaan lampu LED penuh untuk pencahayaan lebih jelas.

Dengan statusnya yang kini sedang menjalani ujian jalan raya, kehadiran SR450X di pasaran Malaysia dijangka akan memberikan persaingan sengit dalam segmen skuter pengembaraan. 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here