
Zontes 368G nampaknya bakal berdepan dengan pencabar baharu daripada Voge, iaitu SR450X.
Voge SR450X ini hadir dengan enjin dua silinder 398 cc sejukan cecair dengan kuasa 41.5 hp @ 8,000 rpm dan daya kilas 43.9 Nm @ 5,750 rpm.
Sebagai perbandingan, Zontes 368G hanya dibekalkan dengan enjin silinder tunggal 368 cc menghasilkan kuasa 38.8 hp dan 40 Nm.
Antara ciri yang dimuatkan pada skuter SR450X ini termasuklah :
- sistem brek ABS depan belakang
- sistem pemantauan tekanan tayar
- skrin paparan TFT tujuh-inci
- kamera perakam tunggangan depan belakang
- tetapan suspensi KYB bleh laras
- sistem brek J.Juan depan dan Nissin di belakang
Untuk kemudahan, SR450X ini turut hadir dengan sistem pencahayaan LED, ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar untuk memuatkan dua helmet, dan juga penghidup tanpa kunci.
Terdapat penghadang angin larasan elektronik, pemanas untuk grip dan pelana, rim lidi tanpa tiub, crash bar, serta rak bagasi aluminium.
Adakah skuter ini bakal mendarat di Malaysia kelak?

































