Lamborgini LM002 ‘Wagon’ ini pernah dimiliki Sultan Brunei, sedia untuk dipinang

2

Tahukah anda, terdapat satu unit LM002 istimewa yang pernah wujud suatu ketika dahulu?

‘Wagon’ Lamborghini LM002 ini merupakan unit binaan sekali (one-off) yang asalnya merupakan sebuah trak yang lengkap dengan bed belakang.

Disebabkan rupa asal yang tidak memuaskan, pemilik pertama LM002 ini iaitu Sultan Brunei mengarahkan syarikat pembina koc Itali Salvatore Diomante untuk mengubah LM002 ini menjadi sebuah wagon gaya limosin.

Bentuk badan baru itu menampilkan bumbung yang lebih tinggi, lengkap dengan kusyen keliling pada ruang belakang, televisyen CRT sebelum diakhiri dengan kemasan kayu dan kulit.

Setelah itu, LM002 ini berpindah milik ke tangan bekas CEO BMW dan Volkswagen, Bernd Pischetsrieder sebelum menjadi hak milik seorang warga Sweden.

SUV/wagon ini dikuasakan oleh enjin 5.2 liter V12 spesifikasi Countach QV yang mampu menghasilkan kuasa 449 hp yang dipadankan dengan transmisi manual ZF, tiga pembeza kekunci dan transfer case jenis dual-range.

Dengan jarak perbatuan cuma 11,000 km, Lamborghini LM002 ini sedia untuk berpindah milik sekali lagi menerusi bidaan di Bring A Trailer.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here