Lamborghini kekalkan produksi enjin V12 selama mungkin

208

Faktor regulasi emisi yang semakin ketat menyebabkan sesetengah pengeluar terpaksa mengenepikan enjin dengan bilangan silinder yang tinggi dan mengutamakan enjin berkapasiti kecil yang dilengkapi dengan sistem hibrid.

Lamborghini pula mengambil langkah sebaliknya.

Sejak pengenalan model Revuelto pada tahun 2023, pengeluar itu berjanji akan terus mengekalkan enjin 12 silinder dalam bentangan V sehingga tahun 2030.

Atau mungkin lebih daripada itu.

Menurut pengarah barisan produk Lamborghini Matteo Ortenzi berkata, “(enjin V12) merupakan sebahagian daripada karakter (Revuelto), kami suka akan tahap responsif enjin tersebut.

“Ia merupakan satu identiti buat kami, jadi kami tidak mahu mengubahnya.

Jelasnya lagi, sistem hibrid Revuelto merupakan sebahagian daripada jalan untuk mengekalkan nadi V12.

“Ini membolehkan kami untuk mematuhi peraturan, khususnya dari segi pelepasan CO2 dan emisi yang sukar untuk dipenuhi sekiranya kami tidak mempunyai teknologi seperti ini.

Selain pasaran utama seperti Amerika Syarikat, Lamborghini juga perlu mematuhi peraturan pelepasan emisi di negara-negara lain.

“Terdapat beberapa jenis perundangan yang perlu kami patuhi. Disebabkan kami syarikat kecil, kami mempunyai satu produk yang perlu disesuaikan di seluruh dunia, jadi kami harus bersifat realistik,” ujarnya lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here