
Toyota Hilux sebuah trak pikap yang begitu sebati dengan rakyat Malaysia bermula daripada generasi baby boomer yang menggunakannya untuk membawa hasil kebun sehinggalah anak muda bandar yang meminati aktiviti luar.
Sekian lama menjadi lambang ketahanan dan kepercayaan, trak pikap ini telah membuktikan kemampuannya merentasi pelbagai sektor, daripada keperluan kerja berat di ladang atau tapak binaan, dan juga menjadi teman setia untuk gaya hidup aktif dan moden.
BUKAN SEKADAR ALAT PENGANGKUTAN TETAPI MENJADI IKON SERBA BOLEH
Populariti Hilux dikukuhkan lagi menerusi rekod jualan yang mana satu-satunya trak pikap berjaya memasuki senarai 10 kenderaan terlaris di Malaysia bagi tahun 2024 bahkan meneruskan dominasi yang sama pada tahun 2022 dan 2023.
Pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan Hilux sebagai peneraju dan pilihan nombor satu dalam segmen trak pikap di negara ini.
JENIS BADAN: SINGLE CAB DAN DOUBLE CAB
Memahami keperluan pengguna yang pelbagai, Toyota Hilux ditawarkan dalam dua jenis badan utama:
- Single Cab: Pilihan ini lebih praktikal untuk kegunaan komersial atau membawa muatan yang banyak, berikutan ruang kargo belakangnya yang lebih panjang dan luas.
- Double Cab: Direka untuk kegunaan yang lebih fleksibel, sesuai untuk membawa keluarga atau rakan sekerja, pada masa sama masih mengekalkan keupayaan membawa muatan yang diperlukan, menjadikannya pilihan popular untuk gaya hidup aktif.
Konfigurasi ini memberikan pengguna kebebasan untuk memilih model yang paling sesuai dengan gaya hidup dan keperluan profesional mereka.
DWI KARAKTER: KERJA LASAK DAN GAYA BERGAYA
Toyota Hilux moden membuktikan bahawa sebuah trak pikap tidak hanya memfokuskan pada fungsi kerja. Kini, ia juga direka untuk tampil menarik dan relevan dengan gaya hidup masa kini.
Dengan penampilannya yang sporty dan gagah, terutamanya pada varian GR Sport dan Rogue, Hilux berjaya menonjolkan identiti yang lasak dan bergaya bagi sebuah trak pikap.
Buat peminat prestasi yang lebih tinggi, varian GR Sport dibekalkan enjin 2.8 liter turbodiesel yang menghasilkan kuasa 224PS dan tork 550Nm dan lebih bertenaga berbanding varian Rogue (204PS / 500Nm).
Kedua-dua varian ini dilengkapi sistem pacuan yang canggih untuk memberikan keyakinan sama ada di lebuh raya mahupun di laluan mencabar.
Varian GR Sport juga ditambah baik dengan suspensi monotube talaan khas Gazoo Racing, menawarkan pengendalian yang lebih responsif dan mantap selari dengan warisan prestasi Gazoo Racing.
VARIAN ENJIN DAN PILIHAN KABIN
Melengkapkan barisan Hilux, Toyota menawarkan pilihan enjin yang berbeza untuk memenuhi pelbagai keperluan.
Bagi mereka yang mengutamakan keseimbangan antara kuasa dan efisiensi untuk kegunaan harian atau perniagaan, varian dengan enjin 2.4 liter turbodiesel adalah pilihan tepat.
Enjin ini menjana kuasa 150 PS dan tork 400 Nm, cukup bersemangat untuk pelbagai tugasan.
Enjin 2.4 liter ini boleh didapati pada konfigurasi badan Single Cab mahupun Double Cab, memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.
Beralih kepada sistem transmisi, Toyota melengkapkan Hilux dengan pilihan yang bersesuaian.
Varian Double Cab 2.4V dan ke atas datang dengan transmisi automatik enam kelajuan yang dilengkapi teknologi Super ECT dan Sequential Shifter, menawarkan pengalaman pemanduan yang lancar dan responsif.
Bagi varian 2.4E pula, pengguna boleh memilih antara transmisi automatik atau manual enam kelajuan. Manakala Hilux Single Cab yang terkenal dengan ruang kargo panjangnya dibekalkan dengan transmisi manual enam kelajuan.
SISTEM KESELAMATAN DAN TOYOTA SAFETY SENSE (TSS)
Toyota mementingkan aspek keselamatan. Bermula dengan ciri keselamatan standard yang hadir pada semua varian sehinggalah tawaran Toyota Safety Sense (TSS) pada varian lebih premium.
Ciri Keselamatan Standard (Semua Varian Hilux):
- 7 Beg Udara SRS (GR Sport, Rogue, 2.4V)
- 3 Beg Udara SRS (2.4E dan ke bawah)
- Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
- Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC)
- Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS)
- Kawalan Olengan Treler (TSC)
- Sistem Brek Anti-Kunci (ABS)
- Agihan Daya Brek Elektronik (EBD)
- ISOFIX (Double Cab)
Ciri-ciri Toyota Safety Sense (TSS) (Hanya pada Hilux GR Sport dan Rogue):
- Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
- Amaran Keluar Lorong (LDA)
- Kawalan Jelajah Radar Dinamik (DRCC)
Ciri Keselamatan Lain:
- Bantuan Brek (BA) (2.4E dan ke atas)
- Kawalan Cengkaman Aktif (A-TRC) (2.4E dan ke atas)
- Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) (GR Sport, Rogue, 2.4V (2.4E – Pilihan)
- Kawalan Bantuan Menurun Bukit (DAC) (GR Sport, Rogue)
- Kamera Undur (GR Sport, Rogue, 2.4V (2.4E – Pilihan)
- Monitor Pandangan Panoramik (PVM) (GR Sport, Rogue, 2.4V – Pilihan)
CIRI GAYA HIDUP DAN KESELESAAN
Toyota Hilux bukan sahaja lasak, tetapi juga dilengkapi ciri-ciri yang meningkatkan keselesaan dan kemudahan untuk gaya hidup moden.
Misalnya, Hilux GR Sport, Rogue dan 2.4V dilengkapi skrin sentuh 9 inci dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, Perakam Video Digital Depan dan penyaman udara automatik dua zon.
Kerusi bahagian pemandu mempunyai lapan pelarasan berkuasa selain memudahkan urusan harian dengan fungsi Kemasukan Pintar dan Penghidup Enjin Kawalan Jauh.
Kesemua varian Hilux dilengkapi RFID Tag dan memudahkan semasa memandu di lebuh raya.
Untuk menikmati pemanduan mengikut keadaan, semua varian kecuali Single Cab dilengkapi mod pemanduan Normal, Eco dan Power.
CIRI ISTIMEWA ROGUE DAN GR SPORT
Hilux Rogue dan GR Sport hadir dengan pelbagai elemen unik yang membezakannya daripada varian lain:
- Jeriji hadapan rekaan khas
- Lampu depan projektor Bi-LED Automatik dan DRL LED
- Rim aloi 18 inci
- Angkup brek merah (GR Sport)
- Suspensi Monotube GR Sport untuk pengendalian lebih stabil (GR Sport)
- Meter Optitron dengan tema GR (GR Sport)
- Kerusi sport GR balutan kulit dan suede (GR Sport)
- Kerusi balutan gabungan kulit (Rogue)
- Dalaman dengan tema hitam dan jahitan merah (GR Sport) atau kemasan premium (Rogue)
- Pedal sport aluminium (GR Sport)
SOKONGAN SELEPAS JUALAN DAN NILAI JUALAN SEMULA
Memiliki Toyota Hilux di Malaysia juga bermakna mendapat sokongan penuh daripada UMW Toyota Motor yang memiliki lebih 90 pusat servis 3S dan 4S di seluruh negara.
Rangkaian yang luas ini memastikan penyelenggaraan dan ketersediaan alat ganti mudah diakses.
Selain itu, Hilux terkenal dengan nilai jualan semula yang tinggi, menjadikannya bukan sahaja pembelian yang berbaloi untuk kegunaan harian, tetapi juga satu pelaburan yang bijak untuk jangka panjang.
SENARAI VARIAN DAN HARGA TOYOTA HILUX:
- Hilux S/Cab 2.4 MT 4×4: RM104,880.00
- Hilux D/Cab 2.4E MT 4×4: RM117,880.00
- Hilux D/Cab 2.4E AT 4×4: RM119,880.00
- Hilux D/Cab 2.4V AT 4×4: RM149,580.00
- Hilux D/Cab 2.8 Rogue AT 4×4: RM163,080.00
- Hilux D/Cab 2.8 GR-S AT 4×4: RM173,280.00
Setiap pembelian Hilux dilengkapi dengan waranti 5 tahun atau 150,000 km (mana-mana tiba dahulu), memberi jaminan ketenangan minda kepada pelanggan.
KESIMPULAN
Toyota Hilux bukan sekadar jentera kerja. Ia adalah simbol ketahanan, kejuruteraan dan gaya hidup moden yang serba boleh.
Dengan pelbagai varian yang ditawarkan serta ciri yang memenuhi pelbagai keperluan, Hilux terus kekal sebagai pilihan utama dan relevan dalam pasaran trak pikap Malaysia.










































