[Video] Wanita tersekat antara tayar dan madgad gara-gara ‘wheelie’

194

Tindakan seorang rider melakukan aksi ‘wheelie’ bagi memikat seorang wanita akhirnya mengundang kecelakaan di Bengal Barat, India. 

Menerusi video yang dikongsi akaun Instagram wb_rider_sayan menunjukkan aksi seorang lelaki menunggang Yamaha MT15 bersama penumpang wanita tanpa memakai helmet.



Dipercayai lelaki tersebut cuba menarik perhatian wanita berkenaan dengan menunjukkan skil tunggangan. 

Pemuda itu terlalu fokus untuk aksi lagak ngerinya sehingga lupa meminta wanita di belakangnya bersiap sedia.

Oleh kerana naked bike tersebut tidak memiliki pemegang di belakang, wanita berkenaan hanya berpaut pada rider. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by yt_sayan_acharjee (@wb_rider_sayan_)

Ketika rider melakukan wheelie dengan tayar depan terangkat, wanita itu langsung menggelunsur ke belakang lalu tersempit antara tayar dan madgad. 

Tanpa menyedari kejadian itu, pemuda itu cuba meneruskan tunggangan lalu mendengar wanita berkenaan menjerit. 

Di hujung video, boleh didengar dengan jelas perakam ketawa melihat insiden berkenaan. Bagaimanapun, wanita itu dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Tindakan lelaki tersebut merbahaya kerana di lakukan di jalan raya awam bahkan tidak menggunakan gear tunggang yang lengkap apatah lagi memakai topi keledar. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here