
Michael Schumacher lebih dikenali umum sebagai salah seorang pelumba F1 terhebat sepanjang masa.
Namun, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa beliau juga merupakan seorang peminat sukan permotoran dua roda.
Selain berlumba dalam Formula Satu, Michael Schumacher juga turut mengambil bahagian dalam beberapa acara IDM Superbike, dan pernah meraih tempat ketiga di Pannónia-Ring, Hungary.
Salah satu motosikal milik Shumacher bakal dilelong di laman RM Sotheby’s, iaitu sebuah Honda CBR1000RR Fireblade.
Jentera Fireblade itu sarat dengan bermacam-macam aksesori dan ubahsuai termasuklah ECU perlumbaan, kotak udara perlumbaan, sistem sejukan minyak, quickshifter dan sistem ekzos Akrapovič Titan.
Ia kemudian dikemaskan dengan nombor ’77’, lengkap dengan helmet Schuberth yang bertandatangan, sepasang sarung tangan dan alas penutup.
Honda CBR1000RR Fireblade ini bakal dilelong di laman RM Sotheby’s pada hujung bulan ini dengan harga anggaran sekitar €25,000 hingga €35,000 (RM124,368-RM174,115),
Selain itu, anda juga boleh mendapatkan beberapa barangan menarik daripada lagenda F1 termasuklah sut perlumbaan yang pernah dipakai oleh Ayrton Senna, Lewis Hamilton, Sebastian Vettel dan ramai lagi.