
Gara-gara tidak berpuas hati barangan yang diterima tidak sesuai dengan pesanan, seorang pemuda bertindak mencekik leher penghantar kurier.
Video kekerasan yang dihadapi oleh pekerja JNT, Irwan Siskiyanto, 27 itu tular di media sosial yang menunjukkan mulut mangsa berdarah dan mengerang kesakitan.
Kejadian di Pamekasan, Jawa Timur pada Isnin itu dikatakan terjadi apabila pelaku itu tidak berpuas hati menerima telefon bimbit replika.
Irwan menjelaskan pelanggan itu membeli alat elektronik berkenaan menerusi kedai online di platform TikTok secara COD (tunai ketika terima).
@folk.minute Viral! JNT Pamekasan Courier Allegedly Abused by Customer to Mouth Bleeding Courier __________ Viral! Kurir JNT Pamekasan Diduga Dianiaya Pelanggan hingga Mulut Kurir Berdarah 📹: kuswantoferdian
“Dia berasa marah kerana telefon Oppo Reno 11 yang dibeli dengan harga IDR 1.5 juta (RM390.26) itu diperbuat daripada plastik.
“Awalnya, barang itu diterima oleh istri pelaku. Setelah itu, pelaku dipanggil dan mengamuk setelah mengetahui telefon pintar yang diterima isterinya ternyata replika.
“Dia datang langsung marah-marah. Saya sudah berusaha menjelaskan tapi tidak dihiraukan,” katanya.
Jelasnya, dia dipanggil semula oleh isteri pelaku ketika ingin beredar selepas menerima wang.
Wanita itu tidak berpuas hati dengan barang yang diterima lalu menuntut pengembalian wang.
Irwan telah menjelaskan dengan baik bahawa tugasnya sebagai kurier hanyalah menghantar barang dan menerima bayaran.
Dia juga meminta pelanggan tersebut membuat aduan atau memulangkan barang melalui prosedur yang ditetapkan pada aplikasi online tersebut.
Bagaimanapun, wanita itu enggan menerima penjelasan berkenaan lalu menghubungi suaminya yang dikenali sebagai Arif, 46.
Arif muncul dalam keadaan marah dan mendesak pemulangan wang. Pelaku langsung mencekik dan merampas wang daripada mangsa
Susulan kejadian itu, Irwan membuat laporan di balai polis Pamekasan dan Arif telahpun ditahan dan berdepan pertuduhan Pasal 351 Kanun Keseksaan mengenai penganiayaan dan/atau Pasal 365 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara maksimum sehingga sembilan tahun.