Utama Berita Automotif MoU Kia Malaysia-Stellantis pacu pemasangan CKD untuk pasaran domestik, eksport

MoU Kia Malaysia-Stellantis pacu pemasangan CKD untuk pasaran domestik, eksport

5

Kerjasama strategik antara Kia Malaysia dan Stellantis Malaysia bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh operasi dan pengeluaran jenama itu di Malaysia.

Menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara mereka, Kia mengorak langkah lebih dekat untuk mengembangkan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi pasaran domestik dan eksport serantau.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kia Malaysia serta Kia Sales Malaysia, Hyung Ho Kim berkata, kerjasama itu adalah sebahagian strategi jangka panjang Kia untuk mengukuhkan semula kedudukan di Malaysia.

Beliau menjelaskan, MoU dengan Stellantis Malaysia akan membantu Kia memperluaskan kehadiran tempatan, meningkatkan kualiti pembuatan serta mempersiapkan pengenalan model baharu pada masa hadapan.

Pengarah Urusan ASEAN Stellantis, Isaac Yeo menyifatkan MoU tersebut sebagai langkah penting dalam memperkukuh ekosistem automotif negara.

Menurutnya, penggunaan fasiliti Stellantis mampu mewujudkan nilai tambah kepada rakan industri, pembekal dan sektor automotif tempatan secara keseluruhan.

Di bawah perjanjian ini, Stellantis Malaysia akan bertindak sebagai pemasang kontrak bagi model-model Kia yang dipasang secara tempatan di fasiliti pengeluaran mereka di Gurun, Kedah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here