Utama Berita Automotif Kumpulan pertama Hyundai STARIA CKD mula berlepas ke Thailand

Kumpulan pertama Hyundai STARIA CKD mula berlepas ke Thailand

4

Hyundai Motor Malaysia melakar sejarah tersendiri selepas kumpulan pertama Hyundai STARIA pemasangan tempatan (CKD) rasmi dieksport ke Thailand.

Pencapaian ini membuka lembaran baharu bagi operasi eksport jenama itu dari Malaysia.

Penghantaran pertama model MPV 10 tempat duduk itu berlepas pada 3 Jun lalu dan bakal menemui pelanggan di Thailand bermula 12 Jun.

Langkah itu menandakan bermulanya peranan Malaysia sebagai hab eksport serantau untuk Hyundai.

STARIA adalah model pertama Hyundai dipasang secara tempatan oleh Hyundai Malaysia menerusi kerjasama Inokom, fasiliti pemasangan milik Sime Motors di Kulim, Kedah.

Varian 7 tempat duduk STARIA sebelum ini menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai MPV enjin pembakaran dalaman (ICE) terbaik di Anugerah Malaysia Car of the Year (MCOTY) 2025.

Model itu dipuji menerusi gabungan reka bentuk futuristik, ruang kabin premium, tahap keselamatan moden serta pengalaman pemanduan yang selesa.

Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia, Jahabarnisa Haja Mohideen berkata, eksport STARIA ke Thailand menjadi titik permulaan penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran dan eksport Hyundai serantau.

Beliau berkata, pencapaian itu mencerminkan keyakinan Hyundai terhadap kemampuan industri automotif tempatan dalam menghasilkan kenderaan bertaraf global, selain membuktikan komitmen syarikat untuk terus melabur dan berkembang di Malaysia.

Tambah beliau lagi, Hyundai Motor Malaysia akan terus memperkukuh kehadirannya di negara ini selari dengan semangat Sentiasa Di Sisi Anda sambil merancang lebih banyak perkembangan pada masa akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here