
Chery Malaysia meraikan ulang tahun ketiganya di pasaran tempatan menerusi kempen khas Chery 3rd Anniversary Mega Rewards, yang menawarkan penjimatan menarik bagi keseluruhan rangkaian modelnya untuk tempoh terhad.
Bersempena sambutan itu, Chery memperkenalkan pelbagai ganjaran dan promosi bagi pelanggan yang ingin memiliki model-model Chery, termasuk SUV enjin pembakaran dalaman (ICE) dan varian plug-in hybrid elektrik (PHEV).
Chery Malaysia dalam kenyataan memaklumkan, kempen ini membawa tema 3 Years Together, 3X Bigger Rewards sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menyokong jenama itu sejak kembali bertapak di Malaysia tiga tahun lalu.
Antara model yang menyertai promosi ini adalah Chery Omoda 5 (O5), Tiggo Cross, Tiggo 7 Pro, Tiggo 7 PHEV CSH serta Tiggo 8 PHEV CSH.
Harga promosi ditawarkan adalah seperti berikut:
- Tiggo Cross – bermula dari RM80,800
- Chery O5 – bermula dari RM99,800
- Tiggo 7 Pro – bermula dari RM99,800
- Tiggo 7 PHEV CSH – bermula dari RM109,800
- Tiggo 8 PHEV CSH – bermula dari RM138,800
Tawaran ini menjadikan Tiggo Cross sebagai model paling mampu milik dalam barisan Chery sepanjang kempen berlangsung, manakala model PHEV pula menawarkan alternatif lebih cekap dari segi penggunaan bahan api serta teknologi elektrifikasi terkini.
Chery turut memaklumkan promosi itu ditawarkan untuk tempoh terhad dan tertakluk kepada stok sedia ada.
Pelanggan yang berminat disaran mengunjungi pengedar sah Chery berhampiran bagi mendapatkan maklumat lanjut serta menikmati tawaran yang disediakan.
Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan sesi pandu uji melalui laman web rasmi Chery Malaysia.
Kempen ulang tahun ketiga ini dilihat memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki SUV Chery pada harga yang lebih menarik berbanding biasa.































