
Ini mungkin sekali dron yang paling pantas di planet Bumi pada ketika ini.
Dron First Person View (FPV) tersebut dikenali sebagai Red Bull Drone 1 dan mampu mencecah kelajuan maksimum 350 km/j (217 batu sejam).
View this post on Instagram
Keupayaan sebenar Drone 1 dibuktikan di Red Bull Ring, Austria di mana ia diterbangkan untuk mengejar jentera lumba KTM RC16 yang dikendalikan oleh Jonas Folger.
Dengan binaan badan diperbuat daripada gentian karbon, gentian kaca dan polimer 3D, berat keseluruhan dron ini cuma bawah 1 kilogram sahaja.
Dengan bantuan motor elektrik T-Motor F80 1900 KV, ia mampu terbang dari kelajuan 100 km/j ke 300 km/j dalam masa 2 saat sahaja.
Ini bukanlah kali pertama dron ini membuat kemunculan di dalam arena sukan permotoran.
Drone 1 Red Bull ini pernah digunakan untuk merakam aksi pemanduan Max Verstappen di dalam jentera lumba RB21 di Silverstone.
Tahun lepas, dron yang sama digunakan buat pertama kali di Litar Jerez untuk merakam ujian Red Bull MotoGP Rookies Cup.