Acura RSX: Bukan lagi kereta sports, tapi sebuah SUV elektrik

26

Mungkin ramai di antara kita yang tidak kenal dengan nama Acura RSX.

Ia sebenarnya merupakan nama lain yang digunakan oleh Honda untuk model Integra generasi keempat yang dipasarkan di Amerika Syarikat.

Acura RSX sempat bertahan selama empat tahun sebelum jualan model tersebut ditamatkan pada tahun 2006.

25 tahun kemudian, nama RSX dihidupkan semula, namun yang pasti ia tidak akan mengekalkan bentuk badan sports coupe seperti model terdahulu.

Sebaliknya, ia berubah menjadi sebuah crossover elektrik.

Acura RSX merupakan model produksi pertama yang lahir dari platform EV baharu Honda yang sebelum ini debut menerusi model konsep 0 Series.

Crossover ini bakal dikuasakan oleh dua motor elektrik dengan sistem pacuan semua roda (AWD), dibantu dengan suspensi hadapan double wishbone dan sistem brek Brembo.

RSX juga akan menjadi produk Honda pertama yang menjalankan sistem operasi ASIMO OS – diinspirasikan daripada robot manusia kesukaan ramai.

Sistem operasi ini akan mempelajari setiap aspek kegemaran pengguna dan boleh dikemas kini menerusi fungsi over-the-air (OTA).

RSX juga akan dilengkapi dengan port pengecasan NACS (North American Charging Standard), selain menyokong fungsi V2L (vehicle-to-load).

Buat masa ini, Acura masih lagi merahsiakan spesifikasi seperti kapasiti bateri, jarak pandu dan prestasi yang bakal dihamburkan oleh RSX dalam dunia sebenar.

Produksi model Acura RSX dijangka akan bermula awal tahun 2026 di kilang Marysville, Ohio.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here