Puluhan ribu pemilik Ford Mustang, Mustang Mach-E berdepan risiko bergelap waktu malam

42

Ini merupakan kempen panggil semula Ford yang ke-98 untuk tahun 2025.

Kempen panggil semula terbaharu ini melibatkan 21,765 kenderaan terdiri daripada model Ford Mustang (2025), Ford Mustang Mach-E dan juga Lincoln Nautilus, di mana terdapat risiko diod terbakar dalam modul LED kenderaan tersebut.

Isu ini boleh menyebabkan unit lampu utama, lampu nyalaan siang, lampu posisi hadapan dan lampu isyarat membelok tidak boleh dinyalakan.

Untuk model Nautilus lebih sukar kerana masalah tersebut boleh merebak kepada unit lampu belakang.

Kes tersebut pertama kali dikesan pada bulan Mac lalu di mana sebuah model Nautilus di kilang Changan Ford Hangzhou menunjukkan tanda-tanda lampu utama yang tidak berfungsi semasa proses pemeriksaan.

Sehingga akhir bulan tersebut, terdapat lapan kes dilaporkan melibatkan masalah yang serupa.

Punca sebenar kebakaran diod tersebut masih dalam siasatan.

Kesemua para pemilik Naulilus, Mustang serta Mustang Mach-E dinasihatkan supaya menghantar kenderaan mereka ke jaringan pengedar untuk pemeriksaan LED Driver Modules.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here