Utama Berita Automotif Cukai jalan tamat tempoh, Ford Mustang disita

Cukai jalan tamat tempoh, Ford Mustang disita

22
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim menyita sebuah Ford Mustang selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh dalam operasi penguatkuasaan di KM1 Kelang Lama pada Ahad.
 
Selain itu, kereta sukan berkenaan turut tidak memiliki perlindungan insurans yang sah.
 
“Susulan kesalahan tersebut, saman telah dikeluarkan kepada pemandu manakala kenderaan mewah itu disita untuk siasatan dan tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
 
“JPJ menegaskan tiada pengecualian dalam penguatkuasaan undang-undang, termasuk terhadap kenderaan mewah, dan akan terus memperhebat operasi bagi memastikan pematuhan serta keselamatan pengguna jalan raya,” menurut kenyataan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here