Acura Integra Type-R 1997 sedia untuk dijual

2053

Harga untuk Acura Integra Type-R yang sangat terkenal telah semakin meningkat sejak popularitinya meningkat beberapa tahun kebelakangan ini, dengan satu contoh baru-baru ini yang harganya mencecah RM343,416. 

Pemilik Acura Integra Type R 1997 disenaraikan dalam Bring A Trailer yang menunjukkan 6,190 batu pada odometer dan dipamerkan dalam keadaan hampir baru, menarik perhatian ke tahap yang belum kita lihat sebelumnya.



Memang, ini adalah sebuah kereta yang agak jarang wujud di Amerika Syarikat. Hanya 320 yang dibuat ke pasaran tahun itu (sejumlah 3,800 kereta telah dijual dalam tempoh empat tahun). Nampaknya, peminatnya bersedia untuk mengeluarkan wang yang besar jentera unik seperti ini.

Tampil dengan warna putih, microsuede hitam dan kerusi fabrik, Integra Type R ini kelihatan sangat sempurna, selain daripada calar kecil pada bumper belakang. Semua grafik Type R jelas kelihatan, lampu kelihatan sangat jernih manakala roda aloi 15-inci dengan tayar Bridgestone tahun 2004. Tayar berkenaan sudah digunakan untuk hanya 1,000 batu, ia perlu diganti hanya jangka hayat umur mereka.

Jentera ini dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.8-liter naturally-aspirated yang mampu rev sehingga 8,400 rpm. Ia menyalurkan 195hp dan 176Nm tork yang dipasangkan transmisi manual 5-kelajuan bernisbah dekat.

Powertrain ini telah diservis dengan tali pinggang timing yang baru, pam air, ketegangan dan tali pemacu, bersama dengan pelarasan klac dan perubahan minyak.

Honda DC2 Integra Type R meninggalkan nama pada dunia permotoran sebagai kereta prestasi pacuan roda depan terbaik yang pernah dibina. Model berkenaan dilengkapi dengan pelindung badan yang lebih menarik, pembeda limited-slip, suspensi dan brek khusus.

Jentera modern classic Jepun ini telah menerima penghargaan yang cukup tinggi sejak kebelakangan ini. Pada Jun lalu, contoh 27k-mil telah dijual dengan harga $ 65,500 (RM274,314) pada platform yang sama. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here