Acura Integra Type R tahun 1997 dijual lebih RM200,000

366

Acura dan Honda merupakan kereta yang menonjolkan prestasi hebat pada tahun 1990- an. Namun, Acura Integra Type R merupakan kereta yang menjadi kegilaan remaja pada era itu.

Acura Integra Type R yang mempunyai jarak tempoh(mileage) yang rendah ini dilelong di Majlis Lelongan Barrett-Jackson di Las Vegas baru-baru ini.

Kereta ini hanya mempunyai seorang pemilik dan ia merupakan unit ke-37 yang dibina daripada 320 unit pada tahun 1997.

Jentera ini tidak diubah suai dan masih menggunakan warna asal bersama rekaan dalaman yang menggunakan baldu hitam serta kemasan berwarna merah.

Yang lebih menarik, jarak tempuh pemanduan kereta itu hanya 1916.729 kilometer (1191 miles)

Pembeli sanggup membida kereta seperti ini dengan harga yang tinggi sehingga mencecah RM206,925 ($50,000).

Jentera ini dilengkapi dengan enjin VTEC 4 silinder 1.8 liter yang mampu mencapai 200 hp.

Kereta yang dilelong ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin, stereng berkuasa, brek dan cermin. Selain itu, ia juga dilengkapi sistem stereo 6 pembesar suara bersama pemain CD.

Kereta ini mungkin sudah berusia lebih 20 tahun, namun prestasi dan keadaannya masih kukuh.

Apa pendapat anda tentang Acura Integra Type R ini? Rasanya tentu masih ada peminat kereta ini di Malaysia lebih-lebih lagi remaja pada tahun 1990-an.

Komen anda mungkin membantu