Acura Integra bakal muncul semula tahun depan dalam bentuk liftback 5-pintu

1032

Acura mengesahkan nama Integra bakal kembali dalam bentuk liftback lima pintu selepas sekian lama vakum di pasaran sejak berakhirnya generasi keempat pada 2006.

Acura juga pada masa sama turut memuatnaik gambar generasi pertama Integra RS (1986) sebagai petunjuk bakal munculnya generasi baharu. 



Sebelum ini Acura tidak mendedahkan butiran mengenai reka bentuk Integra baharu dan pendedahan itu mungkin mengecewakan sesetengah peminat kerana jenama tersebut menampilkan liftback lima pintu, bukannya coupe dua pintu seperti dijangkakan. 

“Integra kembali,” kata Naib Presiden dan Pegawai Jenama Acura, Jon Ikeda.

Lebih menggembirakan peminat apabila Acura juga mendaftarkan tanda dagang ‘Integra Type S’ yang membawa petanda kehadiran varian berprestasi tinggi bakal dikeluarkan dalam unit terhad.

Bagaimanapun, kemunculan semula Integra generasi baharu tersebut bukannya tahun ini namun 2022. Sama-sama kita nantikan!

VIDEO

BACA>>Acura Integra Type R tahun 1997 dijual lebih RM200,000

BACA>>Honda Integra DC5 Type-R merah marah dengan nadi K24 Senjata jalanan!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here