Ferrari Portofino M debut di Malaysia, harga mula RM998k

1238

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia memperkenalkan supercar Portofino M pada harga mula RM 998,000.

Ferrari Portofino didedahkan September tahun lalu menerusi dalam talian. Huruf ‘M’ mewakili kepada nama ‘Modificata’ yang bermakna kereta berkenaan sudah melalui evolusi peningkatan prestasi.



Pada hud depan tersimpannya enjin 3.9L V8 turbo kembar yang mampu menjana kuasa sehingga 611hp @ 5,750-7,500rpm dan tork 760Nm @ 3,000-5,750 rpm. Kemudian ia dipadankan dengan transmisi dual-klac (DCT) F1 8-kelajuan.

Transmisi tersebut didatangkan dengan mekanikal gear undur selain nisbah gear lebih panjang.  

Keseronokkan pemanduan boleh dirasai menerusi lima tetapan mod yang disediakan bermula dengan Wet, ComfortSportRace dan ESC-Off. 

Ini sekaligus memberi jaminan gabungan prestasi GT yang asli, keseronokan pemanduan, kelincahan dan fleksibiliti yang luar biasa dalam konteks kegunaan seharian.

Padanan rekaan terkini bukan saja menawarkan pengendalian terbaik namun meningkatkan keselesaan pemandu dan penumpang hasil tawaran ciri keselamatan ADAS dan kerusi ventilasi serta kluster instrumen multi-info dan unit infotainmen skrin sentuh dengan ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara bampar depan baharu dipadankan dengan rekaan semula ventilator udara fender bagi meningkatkan aerodinamik manakala gril menampilkan rekaan bilah aluminium lebih sporty.

Rekaan signatur paling menyerlah pada sumber berkenaan adalah bumbung keras boleh lipat (RHT). Bentuk badan yang kompak itu kemudian dipadankan dengan sistem ekzos baharu dengan kualiti deruman lebih baik.

Bahagian kaki pula dilengkapi dengan rim 20-inci bersama brek cakera 390mm (depan) dan 360mm (belakang).

GALERI
 
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here