Supercar Iso Grifo (1971) berusia 50 tahun bakal dilelong RM1.4 juta

961

Supercar Iso Grifo (1971) ini hanya ada  tiga unit sahaja di dunia dan bakal dilelong pada harga mencecah pound sterling 250,000 (RM1.4 juta).

Lebih unik jentera yang menggunakan enjin Chevrolet yang berusia 50 tahun itu hanya mempunyai seorang pemilik. Model yang ditempah khas itu awalnya akan dihantar ke rumah pemilik di Rhodesia, Afrika Selatan.



Namun, setelah berpindah ke United Kingdom (UK) pemilik memutuskan untuk memandu pulang kereta berkenaan dari kilang Bresso yang terletak dii luar Milan.

Selepas menggunakan kereta itu selama tiga tahun dengan jarak perbatuan 33,796km, pemilik menyimpan supercar berkenaan dalam sebuah garaj khas dan sejak itu (1974) kenderaan tersebut tidak bergerak.

Iso Grifo adalah gabungan reka bentuk eksotik Eropah yang dilengkapi enjin buatan Amerika Syarikat iaitu  V8 7.4 liter Can-Am yang menghasilkan kuasa 390hp @ 4,800rpm dan tork 500Nm @ 3,600rpm.

Grifo dihasilkan antara tahun 1965 dan 1975 oleh pembuat Itali dan untuk makluman Iso sebenarnya pengeluar  peti sejuk sebelum perang dunia kedua.

Selepas pasca peperangan jenama itu beralih kepada pembuatan skuter dan motosikal, kemudian kereta kecil Isetta yang kemudian diambil alih oleh BMW.

“Ini adalah peluang keemasan bagi peminat kereta klasik untuk memiliki kereta sport mewah yang hanya pernah dimiliki oleh seorang pemilik dan masih dalam keadaan baik,” kata pengendali lelongan, Revival Goodwood Bonhams.

BACA>>Mitsubishi Lancer Evo VI Tommi Makinen cipta rekod lelongan tertinggi, cecah RM573k!

BACA>>Ferrari 250 GTO 1962 cipta rekod lelongan termahal dunia – RM200 Juta

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here