Kawasan rehat dan rawat (R&R) Plus mula beroperasi secara berperingkat

1312

Semua premis makanan dan minuman di kawasan rehat dan rawat (R&R) kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan kembali beroperasi secara berperingkat bermula semalam.

Pelanggan yang sudah menerima vaksin lengkap boleh menikmati makanan di tujuh hentian R&R dan lebih daripada 80 peratus rakan niaga di R&R sudah lengkap divaksin. 



Antaranya R&R yang terlibat ialah Restoran Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai (arah selatan), Mambau (arah timur), Mambau (arah barat), Hentian Sebelah Sungai Buloh (arah selatan) dan Dengkil arah utara dan selatan.

“Kami teruja pelanggan kembali di R&R dan hentian sebelah bagi menikmati sajian hidangan panas dan berehat sebentar terutamanya selepas mengharungi perjalanan jauh.

“Dalam beberapa minggu lagi, kami akan mengumumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R kerana lebih ramai peniaga R&R akan memperoleh status vaksin lengkap dalam masa 14 hari akan datang,” kata Ketua Pegawai Komersial PLUS, Christine Liew.

Pada masa yang sama, PLUS juga menyeru kepada pelanggan yang sudah menerima vaksin lengkap untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dengan menunjukkan status vaksinasi Covid-19 di aplikasi MySejahtera.

Pelanggan yang disahkan status vaksinasi lengkap akan menerima label pelekat hijau daripada peniaga R&R sebagai syarat bagi membolehkan mereka menikmati makanan di medan selera R&R.

Bagaimanapun, bagi pelanggan lebuh raya yang belum menerima vaksin lengkap masih boleh menikmati makanan dengan pembelian secara bawa pulang. 

BACA>>Aktiviti konvoi tempoh pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) masih tidak dibenarkan.

BACA>>Hanya sekolah memandu cukup syarat boleh beroperasi dalam Fasa Tiga PPN

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here