Utama Berita Automotif JustGO kini aktif di enam plaza tol tambahan

JustGO kini aktif di enam plaza tol tambahan

45

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini memperluaskan lagi pengalaman #LANE FREEDOM melalui platform JustGO ke enam buah plaza tol tambahan di Wilayah Selatan, berkuatkuasa Rabu lalu.

Pengaktifan terbaharu itu melibatkan laluan di Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA) merangkumi enam plaza tol :

  • Plaza Tol Mambau dan Plaza Tol Lukut di SPDH.
  • Plaza Tol Kempas di NSE.
  • Plaza Tol Tanjung Kupang, Plaza Tol Lima Kedai dan Plaza Tol Perling di LINKEDUA.

Sebagai salah sebuah syarikat konsesi lebuh raya yang mengambil bahagian dalam platform JustGO, PLUS menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka berasaskan Sistem Pengecaman Nombor Plat Automatik (ANPR) yang pertama seumpamanya dalam industri lebuh raya Malaysia.

Pengguna yang telah mendaftar boleh membayar tol hanya dengan menggunakan nombor plat kenderaan dan menikmati kemudahan #LANE FREEDOM di plaza tol yang telah diaktifkan.

Menerusi ciri #LANE FREEDOM, pengguna berdaftar bebas untuk masuk dan keluar melalui mana-mana lorong yang tersedia tanpa perlu terikat kepada lorong-lorong khusus mengikut kaedah pembayaran sedia ada.

Kamera ANPR akan membaca nombor plat kenderaan berdaftar dan memproses bayaran tol melalui kad pembayaran yang dipautkan di dalam aplikasi mudah alih JustGO.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi lalu mendaftarkan akaun serta kenderaan serta kad pembayaran.

Sistem JustGO pertama kali diperkenalkan di NSE kendalian PLUS melalui projek rintis awam di sembilan plaza tol antara Hutan Kampung dan Sungai Dua pada Januari 2026.

Pelaksanaannya kemudian diperluaskan ke Plaza Tol Jitra di NSE, serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pada Jun 2026.

Pengaktifan di Wilayah Selatan ini menandakan fasa seterusnya bagi peluasan JustGO di seluruh rangkaian lebuh raya PLUS, sebelum sistem ini bakal diaktifkan di kesemua plaza tol kendalian PLUS bermula bulan depan. 

Berikut lokasi plaza tol pengaktifan JustGo :

North-South Expressway (NSE) / Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)

  1. Plaza Tol Jitra
  2. Plaza Tol Hutan Kampung
  3. Plaza Tol Alor Setar (Utara)
  4.  Plaza Tol Alor Setar (Selatan)
  5. Plaza Tol Pendang
  6. Plaza Tol Gurun
  7. Plaza Tol Sg. Petani (Utara)
  8. Plaza Tol Sg. Petani (Selatan)
  9. Plaza Tol Bertam
  10. Plaza Tol Sungai Dua
  11. Plaza Tol Kempas (baharu)

Butterworth-Kulim Expressway / Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)

  1. Plaza Tol Lunas
  2. Plaza Tol Kubang Semang

Seremban-Port Dickson Highway / Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH)

  1. Mambau Toll Plaza (baharu)
  2. Lukut Toll Plaza (baharu)

Second Link Expressway / Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA)

  1. Tanjung Kupang Toll Plaza (baharu)
  2. Lima Kedai Toll Plaza (baharu)
  3. Perling Toll Plaza (baharu)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here