Utama Berita Automotif Menteri arah siap segera Jambatan Sungai Durian

Menteri arah siap segera Jambatan Sungai Durian

125

Projek Penggantian Jambatan Sungai Durian di Kuala Krai mengalami kelewatan kritikal, walaupun kontraktor telah diberikan sebanyak enam kali Lanjutan Masa (EOT).

Menteri Kerja Raya (KKR), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kelewatan berkenaan tidak boleh diteruskan.

“Antara isu yang dibangkitkan ialah kerja borepile yang terjejas akibat halangan paip utiliti sedia ada serta isu berkaitan struktur sokongan sementara jambatan besi.

“Saya telah mengingatkan kontraktor supaya mempercepatkan pelaksanaan kerja, menambah sumber di tapak dan menyelesaikan segala isu teknikal dengan segera bersama JKR,” jelasnya menerusi akaun Facebook. 

Tambah beliau, rakyat sudah terlalu lama menunggu dan projek perlu disiapkan mengikut jadual semasa.
 
“Saya tidak akan berkompromi dengan sebarang kelewatan yang berpunca daripada kelemahan pelaksanaan. KKR dan JKR akan terus memantau rapi sehingga projek ini siap dan dapat dimanfaatkan oleh rakyat,” ujarnya. 
 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here