MLFF : Tiga akta di bawah KKR akan dipinda

42

Tiga akta di bawah Kementerian Kerja Raya akan dipinda tahun depan bagi membolehkan Sistem kutipan tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) dilaksanakan oleh syarikat konsesi.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata tiga akta berkenaan ialah Akta Jalan Persekutuan, Akta Pengangkutan Jalan serta Akta Lebuhraya Malaysia.

Antara pindaan yang dibuat adalah mengenai kesalahan tidak membayar tol selepas MLFF dilaksanakan kelak.

“Bila palang tol sudah tiada, akhirnya nanti ada isu melibatkan pengguna yang tidak membayar tol dan sebagainya.

“Selain itu pindaan itu juga meliputi penguatkuasaan dan di bawah jabatan mana dan kita fikirkan berkemungkinan penguatkuasaan akan diletakkan di bawah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Zahir Hassan (PH-Wangsa Maju) mengenai perkembangan terkini pelaksanaan MLFF di lebuh raya.

ARTIKEL LAIN

Ujian dalaman MLFF PLUS sudah lengkap, bakal laksana Julai depan?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here