Jangan guna tol Genting Highlands, tetapi caj kenderaan

94
Kredit Foto : Aurizn

Semua pihak diminta menghentikan penggunaan istilah tol Jalan Genting Highlands kerana mengelirukan orang ramai.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata istilah itu wajar ditukar kepada caj kenderaan kerana ia tidak melibatkan konsesi tol.

“Pada pandangan kami perkataan tol jangan digunakan sebab ia mengelirukan dengan 33 konsesi tol yang ada di lebuh-lebuh raya.

“Oleh itu, saya kira mungkin boleh ditukar kepada caj kenderaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, caj kenderaan di Jalan Genting Highlands oleh Genting Malaysia Bhd yang merupakan pemilik laluan persendirian itu.

Jelasnya, Genting Malaysia Bhd. mengambil risiko jumlah pelancong ke Genting Highlands berkurangan sekiranya mereka mengenakan caj yang tinggi.

Dalam pada itu, katanya, beliau berpandangan golongan pekerja di kawasan Genting Highlands tidak wajar dikenakan caj kenderaan.

“Kemudian orang yang ada tanah di situ yang, mungkin telah jual kepada pihak lain seperti hotel. Saya rasa perkara itu juga perlu dirundingkan oleh pihak mereka,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sama ada orang ramai yang pergi ke Institut Aminuddin Baki yang terletak di kawasan berkenaan turut dikenakan caj kenderaan.

“Jadi saya kira Jalan Batang Kali ke situ yang laluan umum, saya kira tidak patut dikenakan caj. Hanya mereka yang ingin pergi bergembira di atas itu yang saya kira wajar dikenakan caj.

“Yang lalui bagi tujuan sosial saya tak nampak ia patut dikenakan caj kenderaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here