Berjaya Group cabar YTL bagi bidaan projek pemasangan sistem tol tanpa palang (MLFF)?

558

Sebuah syarikat awam dipercayai sedang mendapatkan sokongan syarikat konsesi lebuhraya dalam bidaan pemasangan sistem tol aliran bebas pelbagai lorong (MLFF) di plaza tol. 

Menurut sumber, syarikat tersebut dipercayai Berjaya Group yang mana cadangan itu dibuat selepas 32 syarikat konsesi tol lebuh raya menentang langkah kerajaan melantik YTL Holdings bagi membangunkan MLFF. 



Sumber menambah eksekutif kanan Berjaya telah mengadakan mesyuarat dengan 32 wakil syarikat konsesi secara berasingan bagi menjelaskan perancangan mereka dan mendapatkan maklum balas sebelum mengemukakan proposal terakhir kepada Kementerian Kerja Raya (KKR).

Beliau berkata tawaran Berjaya Group lebih menarik berbanding cadangan sebelum ini yang masih dalam pertimbangan kerajaan.

“Pada asasnya, rancangan mereka adalah apa yang kami mahukan, untuk membolehkan syarikat lebuhraya membina sistem tol aliran bebas pelbagai lorong manakala Berjaya atau syarikat lain menyediakan perkhidmatan kutipan tol.

“Di bawah rancangan ini, syarikat konsesi akan mendapat hasil mereka pada hari berikutnya, seperti yang diamalkan sekarang,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, pihak konsesi juga mencadangkan syarikat yang menyediakan perkhidmatan kutipan tol itu akan menyelesaikan isu kekurangan wang hasil apabila halangan plaza tol dimansuhkan. 

“Kami tidak mahu tersekat dengan isu mengesan pemandu tidak bayar,” katanya. 

Sumber itu berkata, syarikat konsesi MLFF hanya di plaza tol utama terutama di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor yang mana kesesakan lalu lintas lebih teruk.

“Dengan pengaturan seperti ini, kos pelaksanaan MLFF akan dipotong sebanyak 30 peratus,” katanya.

MLFF LAKSANA TAHUN DEPAN

Gambar hiasan

Pada Mac 2023, Dewan Rakyat diberitahu bahawa RM3.46 bilion diperuntukkan untuk melaksanakan MLFF di plaza tol lebuhraya menjelang 2025.

Tahun lalu, kerajaan dilaporkan menandatangani perjanjian pelantikan pada November 2022 dengan sebuah syarikat YTL untuk membina MLFF dan menguruskan kutipan tol, yang berjumlah kira-kira RM6 bilion setahun.

Di bawah perjanjian, syarikat akan mengumpul RM650 juta hingga RM850 juta setiap tahun daripada syarikat konsesi dalam tempoh 20 tahun.

Bantahan telah difailkan kepada KKR oleh Persatuan Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia, yang berkata langkah itu akan melanggar perjanjian dengan kerajaan.

Syarikat konsesi berpendapat boleh melaksanakan MLFF sekurang-kurangnya 30 peratus daripada cadangan YTL.

Persatuan itu menegaskan bahawa rancangan YTL akan membolehkan syarikat baharu itu mengambilalih operasi tol dan proses pengesahan syarikat konsesi yang akan menimbulkan potensi masalah integriti berhubung trafik dan hasil tol.

Susulan bantahan itu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan kepada syarikat lebuhraya bahawa kerajaan belum membuat keputusan muktamad mengenai perkara itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here