
JETOUR Malaysia secara rasmi membuka tempahan bagi model JETOUR T1, sebuah SUV moden direka untuk memperkukuh kehadiran jenama JETOUR di Malaysia.
Model ini khusus untuk rakyat Malaysia yang menghargai praktikaliti, keselesaan, dan pengalaman pemanduan lebih terhubung.
Ditawarkan dalam dua varian, iaitu 1.5L TGDi 2WD dan 2.0L TGDi XWD, JETOUR T1 direka untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia yang mahukan SUV bergaya dan serba lengkap bagi memudahkan kehidupan harian serta percutian hujung minggu.

Dari kabin moden hingga ciri keselamatan dan keselesaan pintar, T1 menggabungkan elemen paling dihargai pemandu masa kini dalam sebuah SUV serba boleh.
Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Fu Yong berkata, pembukaan tempahan untuk JETOUR T1 menandakan satu lagi pencapaian penting bagi JETOUR di Malaysia.
“Dengan T1, kami memperkenalkan sebuah SUV yang menggabungkan reka bentuk berani, teknologi canggih, dan keserbagunaan praktikal, sejajar dengan keperluan dan aspirasi pemandu Malaysia hari ini.
“Kami yakin T1 akan mendapat sambutan hangat daripada mereka yang mencari SUV bergaya yang sesuai dengan gaya hidup harian mereka,” katanya.
JETOUR T1 1.5L TDGi 2WD dikuasakan enjin 1.5 liter turbo direct injection dipadankan transmisi dwi-klac 7-kelajuan, bagi memberikan prestasi responsif dan pemanduan lancar.

Peralatan standard termasuk lampu utama dan lampu belakang LED penuh, roda aloi 18 inci, tempat duduk kulit sintetik, tempat duduk pemandu laras kuasa, paparan multimedia 12.8 inci dengan pembantu suara, sistem audio 8 pembesar suara, dan pencahayaan ambien monokrom.
Ciri keselamatan merangkumi 6 beg udara SRS, Advanced Driving Assistance System Level 2, serta sistem pemantauan pandangan panorama untuk keyakinan tambahan.
Bagi mereka yang mahukan prestasi lebih tinggi dan kemasan premium, JETOUR T1 2.0L TDGi XWD menawarkan enjin 2.0 liter turbo direct injection lebih berkuasa bersama 7+X mod pemanduan untuk adaptasi lebih baik.
Ciri premium tambahan termasuk roda aloi 19 inci, sunroof panoramik, kerusi pemandu dengan memori, kerusi penumpang hadapan laras kuasa, paparan multimedia 15.6 inci dengan pembantu suara, sistem audio premium SONY 9 pembesar suara, dan pencahayaan ambien 64 warna yang meningkatkan pengalaman kabin.
Mengukuhkan rekod keselamatannya, JETOUR T1 baharu mencatat prestasi cemerlang dalam penilaian ASEAN NCAP mengikut protokol 2021–2025, memperoleh penarafan 5-Bintang dengan jumlah mata 87.67.

SUV baharu ini akan ditawarkan dalam empat warna luaran: Khaki White, Aviation Silver, Sand Gold, dan Carbon Black.
Bakal dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi, JETOUR T1 baharu dianggarkan berharga dari RM143,800 untuk varian 1.5L TGDi 2WD dan RM153,800 untuk varian 2.0L TGDi XWD, lengkap dengan pakej pemilikan dan jaminan menyeluruh.
Pelanggan kini boleh membuat tempahan di bilik pameran JETOUR sah di seluruh negara.
Maklumat lanjut boleh didapati di https://jetour.com.my/




























