Utama Berita Automotif GAC GS3 EMZOOM tampil dengan ‘Nafas Baharu’ lebih segar

GAC GS3 EMZOOM tampil dengan ‘Nafas Baharu’ lebih segar

3

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), pengedar dan pemasang rasmi kenderaan GAC di Malaysia memperkenalkan GAC GS3 EMZOOM dengan nafas baharu.

Berpandukan tema “Nafas Baharu, Siap Siaga, Pacuan Padu”, kemas kini ini membawakan penambahbaikan reka bentuk luaran lebih segar, sekali gus mengukuhkan daya tarikannya sebagai SUV yang paling menonjol dan berprestasi tinggi dalam segmennya.

Kemas kini terkini merangkumi gril hadapan Flowing Diamond Star direka bentuk semula serta pilihan warna luaran dua tona baharu untuk varian Premium R.

EMZOOM kini ditawarkan dalam empat pilihan warna: Graphite Grey with Black Roof, Super Star Silver with Black Roof, Frost White with Black Roof, dan Asphalt Black.

“Sambutan terhadap EMZOOM dalam kalangan rakyat Malaysia amat menggalakkan, terutamanya hasil keseimbangan antara prestasi, ciri-ciri dan nilai ditawarkan,” kata Loh Ling Howe, Ketua Pegawai Operasi WTCA.

“Nafas baharu ini mempertingkatkan lagi daya tarikan visualnya sambil mengekalkan elemen Sporty yang menjadi kekuatan utama dan menjadikannya pilihan popular dalam segmennya”

EMZOOM kekal dikuasakan enjin turbo 1.5 liter menghasilkan 177 PS dan tork 270 Nm, dipadankan transmisi dwi-klac basah 7 kelajuan.

Ia menawarkan prestasi responsif untuk pemanduan di bandar mahupun di lebuh raya.

Dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 8 saat dan penggunaan bahan api serendah 5.9L/100km, ia memberi keseimbangan mantap antara prestasi dan kecekapan bahan api.

EMZOOM turut dilengkapi pelbagai ciri terbaik dalam segmennya seperti kokpit digital dengan skrin berkembar, bumbung panoramik, kamera 360 darjah, Advanced Driver Assistance System dan Full Automatic Parking Assist.

Varian Premium R turut dilengkapi dengan sistem ekzos sukan boleh laras dan kit Aero untuk pengalaman pemanduan yang lebih sporty dan mengujakan.

Harga kekal tidak berubah, sekali gus mengukuhkan proposisi nilai ditawarkan EMZOOM.

Harga ditawarkan bermula RM116,800 untuk varian Eksklusif dan RM126,800 untuk varian Premium R (Semenanjung Malaysia, atas jalan tanpa insurans).

Untuk tempoh terhad, pelanggan boleh menikmati rebat sehingga RM18,500, dengan ansuran bulanan serendah RM912.

EMZOOM disokong rangkaian GAC yang semakin berkembang dengan 23 bilik pameran dan 45 pusat servis di seluruh negara.

Ia juga didatangkan dengan jaminan kenderaan selama 5 tahun ataupun 150,000 km, serta jaminan enjin dan transmisi selama 7 tahun ataupun 180,000 km.

EMZOOM dengan nafas baharu ini akan tersedia di bilik pameran GAC di seluruh negara, dengan sesi pandu uji dibuka kepada pelanggan dari 9 hingga 10 Mei.

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.gacmotor.com.my atau ikuti GAC Motor Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok untuk kemas kini terbaharu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here