WTCA buka tempahan GAC GS3 EMZOOM, 1.5L Turbo, harga bawah RM130K

226

WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), anak syarikat milik penuh Warisan TC Holdings Bhd membuka tempahan untuk Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kompak GAC GS3 EMZOOM.

Untuk menempah model berkenaan, hanya perlu membayar RM1,000 dan 100 tempahan pertama akan dijemput untuk acara peribadi. 

GAC GS3 EMZOOM ditawarkan dengan dua varian membabitkan Eksklusif dan Premium-R yang bakal dijual kurang RM130,000. Buat peringkat pertama, bakal pemiliknya bakal menerima model CBU.



Boleh didapati dalam empat pilihan warna:

  • Ivory White
  • Starlight Silver
  • Lake Blue
  • Graphene Grey

Reka bentuk yang tersendiri termasuk Gril Sayap Mecha yang ikonik, lampu LED Laser Eye Split dan lampu belakang Light Dart.

Menambah daya tarikannya ialah spoiler belakang, yang menekankan persona agresifnya. Turut didatangkan dengan pemegang Pintu Tersembunyi Elektrik kepada Pemilih Gear Shift Kristal.

Melangkah ke dalam, menampilkan warna dwi-tona bergaya muda dan meningkatkan suasana keseluruhan dengan reka bentuk kontemporarinya. 

Kabinnya yang moden dan luas menyediakan ruang serba lengkap dan selesa untuk pemandu dan penumpang. 

Bahagian dalamannya, ciri premium dan kemewahan, menyelitkan sentuhan moden, menawarkan teknologi canggih di hujung jari anda.

Enjin GDI 1.5T Generasi Ketiga 

Ia dipadankan enjin GDI 1.5T Generasi Ketiga menjanjikan kuasa dan kecekapan, manakala ciri pintar seperti ekzos yang dipasang di tengah dan lantai rata belakang sekali gus menonjol gaya dan prestasi. 

Enjin itu menghasilkan 177PS dan 270Nm dengan mencatatkan penggunaan bahan api 5.9l/100km.

Sekiranya mahu melihatnya, anda boleh berkunjung ke majlis pratonton eksklusif di Lembah Klang dari 2 hingga 8 Februari 2024. 

Pada masa yang sama, WTCA turut berkongsi bahawa versi CKD dijangka melancarkan barisan pengeluaran pada Q2 2024 di kilang Tan Chong Motor Assemblies (TCMA) di Segambut, Kuala Lumpur.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here