Didi Resources dilantik pengedar eksklusif Harley-Davidson di Malaysia

100

Didi Resources dilantik sebagai pengedaran motosikal, alat ganti dan aksesori, pakaian dan produk berlesen di Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari 2024.

Di bawah perjanjian itu, Didi Resources akan terus menjadi pengedar eksklusif motosikal Harley-Davidson dan akan menyediakan perkhidmatan selepas jualan melalui rangkaian pengedar eksklusif jenama Harley-Davidson di Malaysia. 

Didi Resources juga akan menjadi pengedar bukan eksklusif untuk alat ganti dan aksesori Harley-Davidson serta pakaian dan produk berlesen. 



Didi Resources akan komited untuk menyampaikan pengalaman pelanggan Harley-Davidson yang diingini dan program berkaitannya seperti H.O.G. (Kumpulan Pemilik Harley) di pasaran.

Pengarah Urusan, Pasaran Membangun Asia dan India di Harley- Davidson, Sajeev Rajasekharan berkata, sejak 2008, Harley-Davidson bertapak dan berkembang bersama komuniti penunggangan Malaysia.

“Dengan pengetahuan dan pengalaman Didi Resources yang kaya dalam pasaran automotif Malaysia, kami akan bekerjasama rapat dengan mereka untuk terus menyampaikan pengalaman jenama Harley-Davidson kepada pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Didi Resources, Rewi Hamid Bugo berkata, pihaknya berbesar hati untuk memainkan peranan penting dan meletakkan pasukan tempatan yang lebih besar untuk memperkukuhkan lagi pembangunan dan program yang sejajar dengan Harley-Davidson kepada pelanggan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here