Utama Berita Automotif LiveWire S4 Honcho: fun bike elektrik prestasi setara enjin 125 cc

LiveWire S4 Honcho: fun bike elektrik prestasi setara enjin 125 cc

7

LiveWire merupakan satu jenama spin-off daripada jenama ikonik Harley-Davidson yang memfokuskan kepada mobiliti elektrik. 

Model yang bakal diperkenalkan kelak ialah S4 Honcho, sebuah fun bike berkuasa elektrik dengan rekaan mirip kepada Honda Grom. 

Model ini mula diperlihatkan sebagai sebuah konsep di EICMA dengan rekaan rangka tubular terdedah dan menggunakan kotak bateri sebagai komponen struktur. 

Motor elektrik (kuasa setara enjin 125 cc) pula dipasang di bawah pek bateri dan memacu roda belakang menerusi pacuan rantai bagi menawarkan rasa tunggangan yang lebih tradisional. 

Terdapat dua pilihan iaitu Street yang lebih sesuai untuk jalan raya serta Trail untuk laluan off-road yang tidak memerlukan lesen memandu. 

Versi Street hadir dengan posisi tunggangan menegak, suspensi fork teleskopik dan monoshock, rim 12 inci serta brek cakera hidraulik. 

Bar hendal juga diposisikan rendah, lengkap dengan cermin sisi, dengan pelana setinggi 775 mm. 

Ia turut mempunyai skrin paparan sebesar lima-inci. 

Versi Trail pula menggunakan kerangka, tetapan brek dan unit pacuan yang sama, namun hadir dengan tetapan yang lebih sesuai untuk tunggangan off-road. 
 
Antaranya ialah suspensi yang lebih panjang, tayar off-road, jarak kelegaan tanah yang lebih tinggi, dan pelana dan bar hendal yang lebih tinggi. 
 
Selain itu, ia tidak langsung mempunyai sebarang lampu, dan anehnya mempunyai gear undur. 
 
Kedua-dua versi Honcho dibina berdasarkan platform LiveWire S4 baharu dengan dua bateri yang boleh ditanggalkan di bawah tempat duduk, setiap satu seberat 18 kg. 
 
Motor elektrik tersebut mampu menjana kuasa 12 hingga 15 hp, dengan jarak gerak sejauh 160 km dan kelajuan maksimum 85 km/j. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here