Motosikal berkuasa elektrik Harley-Davidson Livewire

1683

Motosikal berkuasa elektrik Harley-Davidson Livewire ini diperkenalkan di pameran motosikal EICMA di Milan baru-baru ini.

Harley-Davidson tidak membekal sebarang maklumat mengenai kuasa sebenar yang diguna pakai pada motosikal ini.

Motosikal berkuasa elektrik Harley-Davidson Livewire

Namun yang pasti, punca kuasa utamanya datang daripada motor elektrik magnet kekal. Ia tidak lagi menggunakan enjin V-berkembar yang mengeluarkan bunyi bising.



Motor tersebut diletakkan pada kedudukan yang rendah bagi memastikan titik gravitinya juga rendah. Sekaligus ia akan dapat meningkatkan prestasi pengawalan serta penunggangan motosikal ini dalam apa sahaja kelajuan.

Bateri yang digunakan terdiri daripada bateri lithium-ion. Bateri lithium-ion 12-volt yang lebih kecil digunakan untuk membekalkan kuasa kepada lampu, hon dan elektronik yang lain.

Pengedar Harley-Davidson akan menyediakan pengecasan pantas (DC Fast Charge) kepada pembeli.  Bateri itu berada didalam casis aluminium motosikal itu yang menjadikan ia lebih lasak.

Livewire hadir dengan suspensi boleh laras Showa yang terdiri daripada Showa Separate Function Fork-Big Piston (SFF-BP) di bahagian hadapan dan Showa Balanced Free Rear Cushion-lite (BFRC-lite) di bahagian belakang.

Motosikal berkuasa elektrik juga dilengkapi dengan sistem brek cakera berkembar Brembo Monoblock 300 mm. Ia turut dibantu dengan ABS dan kawalan cengkaman (TCS).

Harga motosikal berkuasa elektrik Harley-Davidson Livewire ini akan diumumkan pada Januari depan sewaktu pelancarannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here