Utama Berita Automotif Yamaha RW700 & RW350 diperkenal, cabar dominasi Honda X-ADV

Yamaha RW700 & RW350 diperkenal, cabar dominasi Honda X-ADV

10

Yamaha bakal memasuki segmen skuter adventure dengan pelancaran RW700, RW700 Explore dan RW350 bagi model tahun 2027, sekali gus menyasarkan pesaing utama seperti Honda X-ADV dan ADV350.

Dua model RW700 menggunakan enjin dua silinder CP2 689cc, menghasilkan 68.4hp dan 65Nm, dipadankan dengan transmisi separa automatik Yamaha Automated Manual Transmission (Y-AMT) yang membolehkan penukaran gear secara manual atau automatik penuh.

Dari segi konsep, RW700 diletakkan di antara Yamaha Ténéré 700 dan TMAX, menggabungkan ciri skuter maxi dengan keupayaan pengembaraan ringan.

RW700 dilengkapi dengan:

  • Sistem pendikit elektronik (ride-by-wire)
  • IMU enam paksi
  • Kawalan cengkaman (Traction Control)
  • Slide Control
  • Cornering ABS
  • Mod tunggangan Road dan Gravel
  • Cruise Control serta speed limiter

Dalam mod Gravel, ABS belakang boleh dinyahaktifkan untuk memberi kawalan lebih baik di laluan tidak berturap.

Varian RW700 Explore menambah beberapa kelengkapan premium seperti:

  • Tempat duduk dan pemanas pemegang tangan
  • Pelarasan suspensi tambahan
  • Centre stand
  • Suis bercahaya (backlit switchgear)
  • Warna eksklusif

Kedua-dua model mempunyai tangki bahan api 14 liter, ketinggian tempat duduk 810mm serta berat sekitar 221-224kg.

Selain RW700, Yamaha turut memperkenalkan RW350 yang menggunakan enjin silinder tunggal 330cc baharu sejukan cecair bagi menyaingi Honda ADV350.

RW350 menghasilkan 34.4hp pada 7,000rpm dan 32Nm pada 5,500rpm, dipadankan dengan transmisi automatik CVT seperti kebanyakan skuter konvensional.

Model itu memiliki berat sekitar 185kg, ketinggian tempat duduk 795mm, tangki bahan api 13 liter serta ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh memuatkan topi keledar jenis full-face.

RW350 menggunakan fork teleskopik dengan jarak gerak 140mm di hadapan dan suspensi belakang jenis swingarm (105mm), dipadankan dengan brek cakera 282mm di depan serta 245mm di belakang.

Skuter ini turut dilengkapi tayar tubeless bersaiz 120/70-16 (hadapan) dan 150/70-14 (belakang), sekali gus menyerlahkan karakter adventure yang lebih lasak berbanding skuter konvensional.
 
Kesemua model akan dipamerkan kepada umum buat pertama kali di acara Motorcycle Live 2026 di Birmingham, United Kingdom.
 
Jika berjaya memasuki pasaran global, RW700 berpotensi menjadi pencabar paling serius kepada Honda X-ADV yang kini menguasai segmen skuter adventure di Eropah.
 

Yamaha RW700

Yamaha RW350

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here