Utama Berita Automotif Kymco CV-X45 bakal beri cabaran kepada Honda X-ADV

Kymco CV-X45 bakal beri cabaran kepada Honda X-ADV

7

Kymco memfailkan permohonan hak nama “CV-X45” merujuk kepada kehadiran model skuter kembara serba baharu yang bakal memberikan cabaran kepada Honda X-ADV 

Model konsep skuter tersebut telah ditunjukkan kepada umum di EICMA 2024. 

Buat masa ini, perincian skuter tersebut masih belum didedahkan. 

Namun, kita boleh jangkakan Kymco bakal mengekalkan spesifikasi konsep CV-R5 yang dilengkapi dengan enjin silinder tunggal 427 cc dengan kuasa maksimum sekitar 34 hp dan 46 Nm. 

Enjin tersebut dijangka akan dipasang pada rangka seperti motosikal sebenar, menyumbang kepada pengendalian yang lebih stabil berbanding skuter biasa. 

Antara ciri lain yang bakal hadir pada skuter ADV ini termasuklah pilihan mod tunggangan, sistem pendikit ride-by-wire, serta padanan rim 15 inci depan dan 14 inci belakang. 

Selain itu, terdapat ruang simpanan bawah pelana yang boleh memuatkan helmet full-face, sistem tanpa kunci, kawalan cengkaman, sambungan tanpa wayar, skrin paparan TFT dan sistem pemantauan tekanan tayar. 

Berat pula sekitar 210 kg dengan tinggi pelana sekitar 800 mm. 

Permohonan tanda dagang terbaharu itu menandakan pelancaran penuh model CV-C45 yang semakin hampir. 

Adakah model ini bakal memasuki pasaran Malaysia kelak? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here