Skuter maxi Kymco AK550 mendarat di Amerika, harga lebih murah banding Malaysia

5

Berita baik buat para peminat skuter maxi di Amerika Syarikat.

Ini kerana syarikat skuter terkemuka Kymco baru sahaja melancarkan model skuter maxi baharu Kymco AK550 Premium.

Skuter ini dikuasakan oleh enjin dua silinder 550.4 cc sejukan cecair menghasilkan 50.9 hp pada 7,500 rpm dan daya kilas 52 Nm pada 6,000 rpm putaran enjin.

Suspensi skuter ini terdiri daripada fork hadapan jenis terbalik diikuti penyerap tunggal melintang di bahagian belakang.

Sementara brek pula menggunakan angkup berkembar Brembo empat omboh di hadapan dan angkup dua omboh di belakang.

Ciri kelengkapan skuter ini termasuklah skrin penghadang angin boleh laras elektronik, kawalan jelajah, dua mod kuasa, kawalan pendikit elektronik dan sistem brek pintar.

Menariknya, harga jualan Kymco AK550 Premium di pasaran Amerika Syarikat bermula dari $12,199 (RM51,138).

Pelancaran Kymco AK550 Premium juga meletakkannya di posisi yang cukup menarik dalam segmen skuter maxi, memandangkan pesaingnya Yamaha TMax tidak ditawarkan di pasaran tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here