Geely EX5 EM-i lancar di Australia, RM114 ribu, bakal masuk Indonesia, Thailand

191

Geely Auto secara rasmi melancarkan model hibrid pertama mereka untuk pasaran antarabangsa, Geely EX5 EM-i, di Australia pada 16 September.

Model ini juga dikenali dengan nama Starray EM-i di beberapa pasaran lain dan versi hibrid Geely EX5 atau Proton e.MAS 7 di pasaran tempatan.

Sebagai sebuah SUV hibrid plug-in jarak jauh segmen C, kehadiran EX5 EM-i memperkukuh barisan kenderaan elektrifikasi Geely di peringkat global dengan pilihan rangkaian kuas elektrik dan hibrid.

EX5 EM-i direka untuk memberikan impak besar dalam segmen pasaran SUV hibrid dengan ciri-ciri seperti penggunaan bahan api yang sangat rendah, jarak pemanduan yang panjang, kecekapan bahan api, ruang dalaman yang selesa serta reka bentuk moden.

Sistem Hibrid Super EM-i yang Canggih

EX5 EM-i merupakan model pertama Geely yang menggunakan Sistem Hibrid Super EM-i (E-Motive intelligence).

Sistem ini menggabungkan enjin petrol 1.5 liter 4-silinder yang menghasilkan 73 kW (99 ps) dan 125Nm, dengan motor elektrik berkuasa 160 kW (218 ps) dan 320Nm.

Gabungan ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pelepasan emisi, malah menjanjikan prestasi pemanduan tanpa kompromi.

Dibina di atas seni bina GEA (Global Experience Architecture), EX5 EM-i dilengkapi pelbagai ciri pintar seperti pemanduan autonomi, ruang dalaman yang luas dan interaksi intuitif  untuk meningkatkan pengalaman pemanduan dan keselesaan semua penumpang.

Jarak Pemanduan dan Kebebasan 

Bagi pengguna yang mementingkan kecekapan dan kebebasan untuk melakukan perjalanan jauh tanpa perlu merancang pengecasan, EX5 EM-i adalah pilihan yang bersesuaian.

Model ini mampu mencapai jarak pemanduan sehingga 943 km (kitaran NEDC) dan menawarkan jarak pemanduan elektrik sehingga 83 km untuk kegunaan harian (kitaran WLTP).

Dengan keupayaan ini, pemandu boleh menikmati perjalanan harian tanpa emisi sifar dan melakukan perjalanan keluarga tanpa sebarang kebimbangan tentang jarak.

Harga Jualan di Australia

Geely Auto menawarkan dua varian untuk model Starray EM-i di Australia:

  • Starray EM-i Complete: Harga jualan $40,826 (AUD) atau sekitar RM114,260
  • Starray EM-i Inspire: Harga jualan $43,401 (AUD) atau sekitar RM121,460

Harga yang dinyatakan adalah harga pandu keluar (drive away price) untuk kegunaan peribadi di New South Wales (NSW).

Strategi Mobiliti-E Global Geely

Pelancaran EX5 EM-i menandakan permulaan baharu strategi mobiliti-e Geely.

Geely membawa teknologi premium dari segmen yang lebih tinggi ke dalam model PHEV yang lebih mudah diakses ini, sejajar dengan janji untuk menjadikan kereta pintar dan lestari sebagai pilihan arus perdana.

Selepas pelancaran di Australia, Geely EX5 EM-i dijadualkan memasuki pasaran global, dengan perancangan untuk memasuki oland, Indonesia, Thailand, Mexico dan pasaran strategik lain dalam masa terdekat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here