Kereta jadi stor simpanan, polis tumpaskan tokan dadah

20

Polis menahan seorang individu selepas menemukan lebih 2kg dadah dipercayai jenis heroin dan syabu bernilai kira-kira RM35,000 yang disorok dalam sebuah kereta di Jalan Industri Rumbia, Alor Gajah. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah DSP Azrul Mohamed berkata suspek berusia 31 tahun itu ditahan pada jam 6.10 pagi 12 September lalu oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Melaka.

“Pemeriksaan lanjut terhadap kereta Honda Jazz tersebut menemukan 1,500 peket plastik lut sinar disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 2,129.30g.

“Turut ditemukan 100 peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis syabu seberat 96 gram dan keseluruhan rampasan bernilai kira-kira RM35,000,” menurutnya kenyataan.

Polis turut menyita sebuah motosikal Benelli 150 bernilai kira-kira RM5,000.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu aktif sejak Julai lalu dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan yang boleh digunakan oleh kira-kira 2,500 penagih.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau dengan status tiada tindakan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah,” katanya.

Azrul berkata suspek ditahan reman selama tujuh hari dari 12 hingga 18 Septemeber untuk disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan siasatan diteruskan bagi mengesan rangkaian sindiket yang masih bebas.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here