Utama Berita Automotif Geely EX2 capai 1 juta pengeluaran dalam dua tahun

Geely EX2 capai 1 juta pengeluaran dalam dua tahun

6

Geely mengumumkan pencapaian unit pengeluaran 1 juta bagi model EX2 pada Selasa.

 

Turut dikenali sebagai Xingyuan di China dan Proton e.MAS 5 di Malaysia, hatchback elektrik tersebut diperkenalkan pada Oktober 2024, kira-kira dua tahun sebelum mencapai pengeluaran ke 1,000,000. 

Geely melaporkan pencapaian pengeluaran sebanyak 200,000 unit pada Mei 2025 diikuti 600,000 unit bulan Mac 2026 dan 800,000 unit (Ogos 2026).

Angka berasingan sebanyak 500,000 unit yang dilaporkan pada Disember 2025 merujuk kepada penghantaran kepada pelanggan dan bukannya output pengeluaran. 

Di China, EX2 mencatatkan jualan runcit sebanyak 465,775 unit pada tahun lalu, menurut data China EV DataTracker.

Ia terjual sebanyak 194,159 unit pada separuh pertama tahun 2026, dengan jualan bulanan meningkat daripada 32,306 unit pada Julai kepada 39,651 unit (Ogos) dan 44,275 unit (September).

Jumlah jualan dari Januari hingga September mencatatkan 310,391 unit, manakala jumlah kumulatif bagi tempoh 12 bulan lalu mencapai 432,815 unit.

Model Xingyuan di China menggunakan seni bina Global Intelligent Electric Architecture (GEA) Geely yang mana motor dipasang di bahagian belakang, pacuan roda belakang (RWD) serta suspensi belakang multi-link independen.

Sebagai perbandingan, BYD Seagull dan Wuling Bingo menggunakan pacuan roda hadapan (FWD) dan suspensi belakang jenis torsion-beam sebagai standard.

Menerusi varian berbeza, motor elektriknya menghasilkan kuasa 58 kW (78 hp) atau 85 kW (114 hp). Ia menggunakan bateri litium iron fosfat (LFP) yang dipasarkan di bawah jenama Aegis Short Blade Geely.

Kapasiti bateri ditawarkan ialah 30.12 kWh dan 40.16 kWh, masing-masing dengan jarak pemanduan 310 km dan 410 km (CLTC). 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here