Proton e.MAS 5 rekod 1,607 tempahan dalam tempoh 24 jam

15

Proton e.MAS 5 merekodkan sebanyak 1,607 unit tempahan dalam tempoh 24 jam. 

Pembukaan tempahan kereta elektrik (EV) mampu milik itu diadakan secara siaran langsung pada 4 Oktober lalu menerusi lapan akaun TikTok dan satu akaun Facebook termasuk saluran rasmi Proton e.MAS.

Acara tersebut berjaya menarik kira-kira 572,000 penonton secara langsung dan selepas pelancaran jumlah tontonan melebihi 1 juta dan terus meningkat di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata pihaknya terharu dengan sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia terhadap Proton e.MAS 5.

“Sejak dari awal, misi kami jelas, kami mahu semua orang mampu memiliki sebuah EV. Dengan e.MAS 5, impian itu kini jadi kenyataan. Inilah EV paling mampu milik pertama di Malaysia, direka khas untuk rakyat,” ujarnya.

Proton e.MAS 5 menjadi EV mampu milik pertama di Malaysia dengan anggaran harga antara RM60,000 hingga RM80,000. 

Ia dibina berasaskan pelantar Global Intelligent New Energy Architecture (GEA) dan bakal bersaing dengan model seperti BYD Dolphin.

Pasaran tempatan ditawarkan dengan dua pilihan varian iaitu Premium menerusi bateri CATL LFP 40.16 kWh, dengan jarak pemanduan sehingga 325 km (WLTP).

Manakala varian Prime menggunakan bateri 30.12 kWh dengan jarak pemanduan 250km (WLTP).

Untuk membuat tempahan, anda hanya perlu membayar tempahan sebanyak RM99 dan nikmati keistimewaan eksklusif pembeli awal berikut:

  • Kad Proton e.MAS Touch ‘n Go edisi terhad dengan nilai RM100
  • Rebat RM500 daripada yuran tempahan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here