
Seorang penunggang motosikal warga Britain telah diharamkan seumur hidup daripada memandu di Switzerland selepas didapati memotong 47 buah kenderaan di Terowong Gotthard.
Akibat kesalahan tersebut, lelaki itu perlu membayar denda sekitar CHF 13,600 (RM71 ribu) menurut laporan media tempatan.
Gotthard Rod Tunnel merupakan salah satu laluan terowong yang terpanjang di Eropah merangkumi jarak kurang 17 kilometer.
Disebabkan ia hanya mempunyai dua lorong yang dibahagikan dengan garis berkembar, perbuatan memotong kenderaan adalah dilarang sama sekali.

Larangan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menjaga aliran trafik, malah dikuatkuasakan untuk menjamin keselamatan pengguna.
Selain itu, terowong itu juga dilengkapi dengan beberapa kamera pemantauan trafik.
Menurut undang-undang Switzerland, kesalahan memotong boleh dihukum dengan bayaran denda sekitar 270 Swiss francs (RM1,421).
Pihak polis tempatan bertindak menahan lelaki tersebut sejurus selepas keluar dari terowong.
Selain denda sehingga RM71 ribu, lelaki tersebut diharamkan daripada memandu di negara Switzerland seumur hidup.