MBSA bakal beri petrol percuma buat 500 penunggang motosikal

322
Gambar hiasan

Seramai 500 penunggang motosikal terawal bakal menikmati minyak percuma bernilai RM10 sempena program ‘Jom Isi Minyak Motosikal Percuma’ anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 7 Oktober ini.

Program yang diadakan di stesen minyak Petronas Seksyen 13, Shah Alam itu bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun MBSA.

Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Mohd Fauzi Aziz Maamor berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada penghantar makanan, penjawat awam, pekerja industri dan pelajar di sekitar Shah Alam.

“Selain membantu komuniti, program ini juga menjadi platform merapatkan hubungan perpaduan serta silaturahim antara warga MBSA dengan masyarakat,” katanya.

Ujar beliau, MBSA berharap menerusi program kebajikan terhadap komuniti, ia sekali gus dapat meningkatkan kesedaran tanggungjawab sosial di dalam kalangan warga Shah Alam untuk bersama berganding bahu membantu mereka memerlukan.

Beliau berkata, usaha itu juga sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) termasuk Tiada Kemiskinan (SDG 1) dan Bandar serta Masyarakat Lestari (SDG 11).

“Program ini juga sejajar dengan dengan komitmen untuk menjadikan MBSA sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) prihatin,” tambah beliau.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here